Jangan sisih kami…

KUANTAN – “Kami juga mahu solat, kami juga mahu berpuasa dan mengaji… Jangan sisih kami’. Alhamdulillah, menerusi program mendekati golongan rentan di sini anjuran pihak seperti YADIM dan rakan rakannya sebenarnya sudah membuahkan hasil,”. Itu antara yang diluahkan dalam sesi dialog bersama golongan rentan di sini anjuran YADIM dengan kerjasama rakan badan bukan kerajaan seperti […]

Futsal Belia Cinta Masjid YADIM Pahang

KUANTAN – Seramai 96 orang remaja sekitar Parlimen Indera Mahkota menyertai pertandingan Futsal Belia Cinta Masjid (BCM) YADIM Negeri Pahang pada 13 Mac. Program bertempat di Playground 6 Semambu Kuantan ini melibatkan sebanyak 12 pasukan masjid dan surau iaitu dari : 1. Masjid Balok Baru 2. Masjid Kampung Padang 3. Masjid Balok Makmur 4. Masjid […]

Dapur Rakyat di Muadzam Shah santuni mangsa banjir di dua kampung

MUADZAM SHAH – Satu lagi Dapur Rakyat Negeri Pahang anjuran YADIM yang dibiayai oleh CIMB Islamik Bank Berhad beroperasi di sini pada 12 Januari yang mengagihkan sebanyak 200 pek makanan. Dapur Rakyat di Maahad Tahfiz Al Haq, Kampung Alai di sini mengagihkan makanan berkenaan ke penduduk di Kampung Hijrah dan Kampong Rekoh, keduanya di Rompin […]

YADIM, CIMB kerjasama buka dua lagi Dapur Rakyat di Pahang.

PEKAN – Selepas di Rompin, satu lagi Dapur Rakyat Negeri Pahang dibuka di sini bagi menyantuni penduduk yang masih menjadi bencana banjir pada 11 Januari. Dapur Rakyat anjuran YADIM Pahang dengan dibiayai oleh CIMB Islamik Bank Berhad (CIMB) ini menyediakan 100 pek makanan untuk mangsa yang kini berlindung di Pusat Perpindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan […]

Gotong royong memasak dan mengagihkan makanan untuk mangsa banjir Paya Besar

PAYA BESAR – Di kawasan ini, ada mangsa banjir yang berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS), ada pula yang berpindah ke rumah ahli keluarga dan ada juga yang bertahan di rumah atau kawasan tinggi sekitar rumah masing-masing.  Berusaha menyantuni mereka yang terlibat, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pahang dengan kerjasama Masjid Al-Bukhari Nurul Aman, Taman […]

YADIM Pahang santuni frontliners bantu mangsa banjir Felda Bukit Sagu

KUANTAN – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pahang telah  dihubungi oleh warga Felda Bukit Sagu, yang memaklumkan operasi memindahkan warga penduduk dan pekerja Felda Bukit Sagu 7 yang terputus disebabkan air yang melimpah laluan ke kawasan perumahan kediaman mereka masih berjalan.  Warga Felda tersebut diangkut menggunakan bot dan kemudian dibawa ke Pusat Pemindahan Sementara terdekat […]

100 golongan rentan disantuni

KUANTAN – Berdakwah masa kini bukan saja perlu berfikir di luar kotak, tetapi juga dilaksanakan tanpa halangan dan tidak boleh mengira latar belakang. Golongan rentan umpamanya, perlu didekati bagi menyelami sendiri apakah yang sebenarnya boleh kita lakukan bagi menyantuni mereka. Justeru inilah yang dilakukan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 24 November apabila mendekati dan […]

Program Pemantapan Aqidah dan penyampai watikah RSY POLISAS

KUANTAN – Bertempat di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) di sini, telah diadakan Program Pemantapan Aqidah dan penyampai watikah Rakan Siswa Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (RSY). Majlis pada 19 November ini menyaksikan seramai 100 ahli RSY menerima watikah tersebut. Pengisian program termasuklah ceramah pemantapan akidah: ‘Bahaya Ajaran Sesat’ oleh Kadi Daerah Kuantan, Ustaz Haji […]

Dialog Keluarga Malaysia bersama komuniti Cina dan India Taman Tas

KUANTAN – Saling berkenalan, bercampur gaul dalam kehidupan bermasyarakat, tolong-menolong, ziarah menziarahi, mempelajari serta saling meraikan adat dan budaya antara kaum adalah antara kunci kepada perpaduan dalam masyarakat majmuk. Semua perkara tersebut terdapat di dalam ajaran agama, justeru perlulah agama diberikan penekanan dalam pembentukan “Keluarga Malaysia.” Kerana itulah “Kepercayaan Kepada Tuhan” menjadi rukun negara Malaysia […]

Kayuhan santuni anak yatim YADIM Pahang

PEKAN – Berbasikal 74 kilometer untuk kerja dakwah ? Kedengaran jauh, tetapi jika sudah membulatkan tekad untuk melaksanakan kebajikan, ia bukan satu masalah. Demikian yang dilaksanakan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pahang dan rakan strategiknya pada 6 November apabila berbasikal dari Stesen Minyak Shell Inderapura  ke Rumah Anak Yatim dan Miskin Perempuan Darul Salam Al-Mukhtar […]