YADIM sampaikan sumbangan kepada peneroka mangsa kebakaran di Jengka 8

JERANTUT – Sudah jatuh ditimpa tangga, sudah kering terjemur pula. Demikian nasib seorang peneroka, Shaari Ahmad dari Felda Jengka 8 di sini. Warga emas ini merupakan mangsa banjir yang melanda Pahang baru baru ini, dan kini kediamannya hangus terbakar musnah sama sekali. Dia dan keluarganya kini tinggal sehelai sepinggang ekoran kejadian itu. Mujur dalam kejadian […]

Misi bersihkan Masjid Kampung Acheh

PEKAN – Bertempat di Masjid Kampung Acheh di sini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pahang pada 23 Januari telah menyertai rakan rakan badan bukan kerajaan (NGO)  membersihkannya. Antara yang terlibat ialah Geng Ustaz, Syabab Care, Abrar Care, Rahmat Care, URZ Care dan lain lain lagi. Inisiatif ini turut disertai oleh Ikon YADIM, Ustaz Dusuki Abd […]

Gotong royong di Madrasah Raudhah Al-Muhibbin dan Masjid Kampung Pantai Chenor

CHENOR – Madrasah Raudhah Al-Muhibbin di sini merupakan antara lokasi yang teruk menerima kesan akibat musibah banjir yang melanda negeri ini. Prihatin dengan situasi itu, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pahang bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Khidmat Malaysia, Yayasan Amal Malaysia Pahang, Jabatan Amal Malaysia dan Ameerah Paya Besar pada 17 Januari telah bergotong-royong membersihkan […]

Bantuan Banjir YADIM Pahang di Bera

BERA – Kampung Kubang Panjang Bandar di sini menjadi lokasi terbaharu, misi membantu rakyat yang menjadi mangsa banjir oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pahang. Seramai 40 orang Sukarelawan YADIM Pahang dari Kuantan, Pekan dan Rompin bersama badan bukan kerajaan (NGO) Persatuan Pembimbing Masyarakat Sejahtera (PPMS) Yayasan Amal Malaysia (YAM) Cawangan Pahang serta Dakwah Unlimited […]

Mangsa banjir 3 kampung terima sumbangan agensi agama Islam Persekutuan

LIPIS – Sebanyak 100 keluarga daripada tiga kawasan perkampungan di sini menerima sumbangan pelbagai bentuk barangan bagi membantu mereka yang menjadi mangsa bencana banjir. Tiga perkampungan tersebut ialah Kampung Kerambit (60 keluarga), Kampung Lentang (20 keluarga) dan Kampung Jeram Bungor (20 keluarga) di sini. Sumbangan tersebut disampaikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal […]

Mussola sementara untuk penduduk terjejas banjir

MARAN – Agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mengambil langkah proaktif mewujudkan mussola di pusat pemindahan bagi memudahkan penduduk beragama Islam yang terjejas banjir menunaikan solat. Menteri berkenaan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata keadaan rumah mangsa banjir yang tidak terurus serta dipenuhi lumpur membataskan mereka mengerjakan solat di kediaman masing-masing. […]

200 penduduk Maran terima manfaat sumbangan YADIM

MARAN – Usaha menyantuni rakyat oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) diteruskan pula ke daerah ini pada 7 Januari. Kali ini seramai 200 keluarga di Taman Maran Jaya dan Taman Chedong menerima sumbangan kit banjir YADIM yang disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri dalam […]

50 bakul makanan untuk penduduk Bera

BERA – Sebanyak 50 set bakul makanan diserahkan kepada golongan yang dikenalpasti memerlukan di kawasan ini oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia Pahang pada 21 Disember. Antara kawasan yang menerima sumbangan ini termasuklah Desa Juwara, Felda Sebertak, Felda Tementi dan Felda Rentam. Mewakili badan dakwah ini dalam penyerahan sumbangan ini ialah Pengarah Pahang, Ustaz Mohamad Hazmi […]

Semarak Dakwah Yadim Pahang Parlimen Raub

RAUB – Perasmian Program Semarak Dakwah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pahang bagi Parlimen Raub pada 6 Disember dimulakan dengan Bengkel Pengurusan Harta Pusaka yang telah di bentangkan oleh Al-Fadhil Ustaz Khairul Anuar Abd.Razak, Perunding dari Pusaka Najahul Mawarith. Program selama satu jam setengah ini telah mendapat sambutan luar biasa dengan soalan-soalan berkaitan harta pusaka […]

Program Semarak Dakwah YADIM Pahang Siri ke-6

POS LEMOI – Usaha mendekati dan menyantuni masyarakat Orang Asli oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) sentiasa berterusan. Pada 5 Disember, satu program sumbangan telah dilakukan oleh YADIM Pahang kepada komuniti tersebut di Pos Lemoi, Cameron Highland. Ia sempena Tok Batin dan beberapa lagi penduduknya yang baharu memeluk Islam. Sesi tazkirah juga disampaikan oleh Pengarah […]