YADIM Pahang santuni ibu tunggal, asnaf dan Muallaf

KUANTAN – Seusai program Semarak Dakwah YADIM di parlimen Indera Mahkota di sebelah pagi, diteruskan pula dengan program Semarak Dakwah di parlimen Kuantan pada sebelah petang hingga ke malamnya. Pasukan Sukarelawan YADIM Parlimen Kuantan diketuai Koordinatornya Dr Azhar Jaafar telah turun menyantuni dan menyampaikan sumbangan kepada 30 penerima dari golongan asnaf, ibu tunggal dan muallaf […]

Semarak Dakwah YADIM di Indera Mahkota

KUANTAN – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pahang pada 28 November telah mengadakan beberapa program di parlimen ini. Acara acara yang berlangsung ini merupakan siri kedua daripada 14 program Semarak Dakwah Peringkat Negeri Pahang. Program bermula dengan dengan kuliah subuh di Masjid As-Syakirin Damansara, Kuantan oleh Ustaz Zainal Abidin Mohamad selaku Koordinator Sukarelawan YADIM Kawasan […]

Program Tendangan Penalti Remaja KRT Indera Sempurna

KUANTAN – Sebagai usaha untuk mengajak remaja mendekati masjid, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pahang dan Masjid Az Zahra di sini menganjurkan Program Tendangan Penalti Remaja KRT Indera Sempurna pada 26 November. Sebanyak 9 pasukan dari sekitar bandaraya ini menyertai pertandingan ini. Hadir ke pertandingan ini ialah Koordinator Sukarelawan YADIM Parlimen Pekan, Ustaz Sayuti Osman, […]

Kembara Dakwah Ulu Tembeling Jemaah Masjid Al-Wusto Temerloh dan YADIM Pahang

TEMERLOH – Seramai 60 peserta menyertai program Kembara Dakwah ke Ulu Tembeling anjuran Masjid Al Wusto di sini dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pahang pada 21 November. Program selama dua hari dengan kerjasama Majlis Ugama Islam Pahang (MUIP) ini bertujuan menyantuni komuniti orang asli di kawasan tersebut disamping menyampaikan mesej Islam dan dakwah kepada […]

Kunjung hormat YADIM Pahang ke PERKIM, MRA, MACMA dan MKIMP Pahang

KUANTAN – Sebagai usaha membina hubungan strategik yang kukuh, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pahang pada 19 November telah mengadakan pertemuan dengan beberapa rakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di sini. Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Nasrudin Hassan hadir sendiri ke perjumpaan dengan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM), Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA), Majlis Kebajikan […]

Gotong royong pejabat sementara YADIM Pahang

KUANTAN – Pejabat sementara Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pahang bakal beroperasi tidak lama lagi. Pada 14 November dengan kerjasama rakan-rakan pertubuhan bukan kerajaan Persatuan Pembimbing Masyarakat Sejahtera (PPMS) dan Yayasan Amal Malaysia (YAM) cawangan Pahang, satu gotong royong membersihkan membersihkan pejabat sementara YADIM Pahang telah dilakukan. Pejabat ini bakal beroperasi di bangunan rumah kedai […]

Kunjungan hormat ke Pejabat Agama Islam Daerah Raub

RAUB – YADIM Negeri Pahang mengadakan kunjung hormat bertemu Al-Fadhil Tuan Qadhi Daerah Raub, Ustaz Haji Mohd Zainudin Zakaria di Pejabat Agama Islam Daerah. Pertemuan mesra yang dihadiri Pengarah YADIM, Pahang Ustaz Mohamad Hazmi Dibok bersama anggota Pasukan Sukarelawan YADIM Raub Ustaz Mohd Shahrizan Md Esa dan Ustaz Rosaidi Rameli saling bertukar-tukar pandangan dan berkongsi […]

YADIM Pahang terima RM10K daripada kerajaan negeri

YADIM Pahang pada 7 November menerima cek peruntukan bernilai RM10,000 daripada Menteri Besar Pahang, Yang Amat BerhormatDatuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dalam Majlis Penyerahan Kunci Rumah Projek PR1MA Pahang Kuala Lanar. Mewakili YADIM Pahang dalam majlis di Dewan Residen Kuala Lipis itu ialah Pengarahnya,Ustaz Azmi Dibok. Sumbangan tersebut akan digunakan untuk program program dakwah […]