300 Wira Oren terima sumbangan YADIM

SEBERANG PERAI – Seramai 300 pekerja pembersihan di negeri ini menerima sumbangan daripada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 3 Julai. Mereka yang dikenali sebagai Wira Oren Majlis Bandaraya Seberang Perai, adalah golongan yang terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di negeri ini. Sumbangan disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh […]

Sumbangan untuk PPV Dewan Millenium, IPD Seberang Perai Utara

KEPALA BATAS – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 3 Julai berada di negeri ini untuk pelbagai program menyantuni rakyat. Program pertama diadakan di Pusat Pemberian Vaksin Dewan Millenium di sini pada jam 9.30 pagi. Di sini, Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh menyampaikan bantuan berupa barangan makanan kering seperti biskut, roti, […]

25 kotak rezeki untuk penduduk DUN Penanti

SEKITAR penyampaian kotak rezeki Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) untuk penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, Pulau Pinang. Sebanyak 25 kotak disampaikan kepada pemohon yang menghubungi YADIM Pulau Pinang di laman Facebook. Mereka adalah yang terkesan dengan Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di DUN Penanti. Sumbangan disampaikan oleh Koordinator Sukarelawan YADIM DUN Penanti, Puan […]

YADIM Maya bersama PERDA dan CIAST

GEORGETOWN – Cakna dengan peningkatan kes kes berkaitan kesihatan mental akibat Perintah Kawalan Pergerakan, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pulau Pinang telah mengadakan program secara dalam talian sebagai usaha membantu menangani permasalahan itu. Ia merupakan slot YADIM Interaktif bersama kakitangan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA). Ceramah bertajuk “Apa Khabar Emosimu?” disampaikan oleh Pakar Perunding […]

Saya malu nak mohon bantuan, tapi….

BAYAN LEPAS – “Saya telah kehilangan pekerjaan dan kini hidup tanpa gaji… sebelum ini isteri bekerja dengan mengasuh anak orang, tetapi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tiada orang yang mahukan khidmat pengasuh, kami tak dapat buat apa apa. “Saya malu nak mohon bantuan, tapi saya berharap sangat dalam tempoh inj dapat lah pihak tuan […]

Warga Pulau Pinang disantuni YADIM, CIMB

BUKIT MERTAJAM – Sebanyak 158 kotak rezeki diagihkan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pulau Pinang pada 18 Jun untuk golongan sasaran di sini. Program dengan kerjasama CIMB Islamic Bank Berhad itu adalah sebahagian daripada pengisian Musa’adah YADIM 3.0 yang kini sedang berlangsung. Selain Bukit Mertajam, sumbangan kotak rezeki ini turut diberi kepada golongan yang memerlukan […]

Pondok Al Majmak Al Thurath Al Islami Al Malizi Terima Sumbangan YADIM – CIMB Islamic

JURU – Warga pondok di negeri ini turut menerima manfaat daripada program sumbangan Ramadan/Aidilfitri Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia dan CIMB Islamic Bank Berhad. Pada 11 Mei di sini, seramai 11 orang guru termasuk mudir Pondok Al Majmak Al Thurath Al Islami Al Malizi menerima sumbangan Aidilfitri dan dana kepada pondok bernilai RM1,000. Sumbangan berkenaan disampaikan […]

Dekati Wira Penghantar Makanan.

NIBONG TEBAL – Berpuasa dalam hujan dan panas, menempuh kesesakan lalu lintas, dikejar anjing, melalui jalan yang tidak elok, sesat ketika menghantar pesanan. Demikian sebahagian cabaran dihadapi para penghantar makanan yang bekerja mencari rezeki halal. Golongan ini tidak disangkal merupakan petugas barisan hadapan ketika kita menghadapi ancaman Covid-19 ketika ini. Terpanggil menyantuni golongan ini, Yayasan […]

Iftar YADIM bersama Persatuan OKU Penglihatan

BANDAR PERDA – Sebagai meraikan golongan Orang Kurang Upaya Penglihatan di negeri ini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pulau Pinang pada 8 Mei telah mengadakan majlis berbuka puasa bersama mereka. Program di Barastar Cafe di sini, turut dihadiri Ahli Lembaga Pemegang Amanah YADIM, Mohd Zikri Zulkifli. Seramai 60 OKU termasuk ahli keluarga mereka hadir ke […]

YADIM Peduli Siri 3 santuni pemandu bas

SEBERANG JAYA- Pada 8 Mei berlangsung Program YADIM Peduli Siri 3 dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Pengusaha & Pemandu Bas Utara bertempat di Dewan Sri Tenggiri di sini. Seramai 40 orang pemandu bas yang terkesan dengan penularan Covid-19 menerima sumbangan barangan keperluan harian disampaikan Pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia ( YADIM ) Pulau Pinang, Ustaz Afifi […]