YADIM Peduli Santuni Pemandu Bas

SUNGAI NIBONG – Pada 2 Mei  berlangsung Program YADIM Peduli Siri 2 dengan kerjasama Persatuan Pemandu dan Pengusaha Bas di Stesen Bas Sungai Nibong, di sini. Seramai 30 orang pemandu dan pengusaha bas menerima  barangan keperluan harian yang disampaikan Pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pulau Pinang, Ustaz Afifi Ruslan. Turut hadir Pengerusi Gabungan Pengusaha […]

RSY Hidupkan Ramadan Pulau Pinang.

KUBANG SEMANG – Selepas Melaka, Pulau Pinang menjadi lokasi seterusnya program Rakan Siswa Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (RSY) Hidupkan Ramadan. Seramai 50 ahli RSY terlibat dalam program ini yang diadakan di Masjid Jamek Kubang Semang di sini pada 1 Mei. Antara pengisian program termasuklah kuliah dhuha, tahsin ibadah, tadarus berkelompok dan ziarah asnaf kepada 30 […]

Ziarah Gelandangan YADIM Pulau Pinang

GEORGETOWN – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pulau Pinang telah mengadakan program ziarah gelandangan di sekitar bandaraya pada 29 April. Seramai 60 gelandangan disantuni menerusi pemberian makanan dan minuman dalam kunjungan ini. Selain pemberian makanan, pegawai YADIM Pulau Pinang yang hadir turut bertanya khabar dan pemasalahan gelandangan yang disantuni. Program ini adalah salah satu pengisian […]

Majlis Berbuka Puasa Dan Penyampaian Sumbangan Anak Anak Yatim

BUKIT MERTAJAM-  Satu majlis berbuka puasa serta penyampaian sumbangan kepada anak- anak yatim dan mualaf telah diadakan pada 29 April bertempat di Restoran Route 69 di sini, anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pulau Pinang. Seramai 22 anak yatim dan 15 mualaf diraikan dalam majlis ini. Sumbangan berupa wang tunai dari YADIM diberikan kepada mereka […]

Edaran bubur lambuk dan risalah dakwah oleh YADIM Pulau Pinang

BUKIT MERTAJAM – Pada 29 April telah diadakan Program Edaran Bubur Lambuk dan risalah dakwah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pulau Pinang kepada pengunjung yang datang ke Mydin Mall di sini. Ia adalah sebahagian pengisian Ihya Ramadan Sebulan YADIM (IRSYAD 360) yang menyasarkan komuniti setempat dengan pelbagai program yang dirancang. Sebanyak 600 pek bubur lambuk […]

Ceramah bersama AADK Timur Laut

GEORGETOWN –  Siri ceramah sempena Ihya Ramadan Sebulan YADIM (IRSYAD 360) diteruskan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pulau Pinang pada 27 April. Kali ini bersama OKP (Orang Kena Pengawasan) Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di Pejabat AADK Timur Laut, Pulau Pinang. Program ini menyasarkan golongan OKP yang beragama Islam sempena kedatangan Ramadan. Ceramah diberikan oleh […]

IRSYAD 360′- YADIM Peduli Siri 1 untuk pemandu bas Pulau Pinang

BATU KAWAN – Selepas Kedah, Kelantan dan Johor yang mengadakan inisiatif menyantuni pengusaha kenderaan awam, kini giliran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pulau Pinang pula membantu mereka pada 25 April. Seramai 30 pandu bas menerima sumbangan barangan keperluan harian dalam satu majlis yang diadakan dengan kerjasama Persatuan Pemandu dan Pengusaha Bas di depot Shahana Travel […]

Program kerjasama YADIM Pulau Pinang – Pusat Islam Perda Tech

NIBONG TEBAL – Bertempat di Pusat Islam Perda Tech di sini telah dianjurkan program YADIM Interaktif yang disampaikan oleh penceramah bebas dari Kuala Lumpur, Ustaz Syed Putra Haizam Syed Haizam pada 19 April. Pengisian Ihya Ramadan Sebulan YADIM (IRSYAD 360) dengan kerjasama Kolej Perda Tech ini berkonsep penggalian ilmu Ramadan serta bertujuan melahirkan belia yang […]

Semarak Ramadan di Permatang Tinggi

KEPALA BATAS – Bersempena bulan Ramadan ini, pihak Surau Permatang Tinggi C telah mengadakan Majlis Tadarus Al- Quran yang melibatkan jemaah wanita di sekitar kampung ini. Majlis ini diadakan bermula 15 April sehingga penghujung Ramadan. Ia dijayakan dengan kerjasama Surau Permatang Tinggi C dan Sukarelawan YADIM Pinang Tunggal.

Kerjasama ikhlas.com – YADIM Pulau Pinang santuni komuniti Permatang Janggus

PENANTI – Pada 19 Mac, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pulau Pinang telah membantu menyelaraskan pemberian sumbangan daripada ikhlas.com sebuah entiti di bawah Air Asia. Seramai 100 penerima yang terdiri daripada anak qaryah Masjid Permatang Janggus, asnaf sekitar Penanti dan Permatang Pasir menerima barangan keperluan harian dan barangan basah seperti ikan dan ayam. Mereka turut […]