Kunjungan Shaykh Ahmed Hussein Al Azhary ke YADIM

PUTRAJAYA – Selepas Penasihat Presiden, hari ini (14 Ogos) giliran tokoh pemikir Islam dari Mesir, Shaykh Ahmed Hussein Al Azhary pula mengunjungi ibu pejabat YADIM di Putrajaya. Bukan sekadar bersilaturrahim, beliau turut menghabiskan masa hampir dua jam menyampaikan tausiah kepada kakitangan badan dakwah ini. Shaykh Ahmed banyak menyentuh mengenai adab-adab perbezaan pendapat, pemikiran dan tatasusila. […]

Kunjungan Bahagian Pembangunan Insan MAIWP

YADIM Pada 3 Ogos menerima kunjungan Bahagian Pembangunan Insan, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bagi tujuan memperkasa lagi bidang kerjasama yang telah dijalin sebelum ini. Ketua Unit Seranta, Bahagian Pembangunan Insan MAIWP, Umie Zaitun Junoh bersama para pegawainya menemui Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Ustaz Zamri Zainal Abidin bagi membincangkan beberapa program yang berpotensi diadakan […]

Lantikan penasihat SPSM YADIM

PUTRAJAYA – Sektor Perancangan Strategik dan Media (SPSM) YADIM telah melantik tiga pakar berkebolehan sebagai penasihat untuk bahagian-bahagian dalam sektor ini. Tiga individu berkenaan ialah Prof Madya Dr Mariam Abd Majid, Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Islam Selangor sebagai Penasihat Bahagian Perancangan Strategik, Timbalan Pengurus Besar Telaga Biru Sdn Bhd, Haji Muhammad Iqbal […]

Tunas Samudera Voyage 452/23

PUTRAJAYA – Buat Julung kalinya warga YADIM diberi peluang menyertai program Jati Diri Kapal Latihan Diraja (KLD) Tunas Samudera yang memulakan pelayarannya pada 1 hingga 11 Ogos ini. Menerusi pemilihan ketat Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Penolong Pengarah Bahagian Khidmat Bakti, Ali Azfar Khairul Faiz dan Penolong Pengarah Bahagian […]

YADIM santuni Sheikh Dr. Usamah Sayyid Al Azhari.

KETUA Pegawai Eksekutif YADIM, Ustaz Zamri Zainal Abidin pada 31 Julai telah bertemu dan menyantuni tokoh ulama Mesir, Sheikh Dr. Usamah Sayyid Al Azhari. Dalam pertemuan singkat di Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan di Putrajaya itu, Ustaz Zamri sempat menghadiahkan sepasang Baju Melayu dan songkok kepada Sheikh Dr. Usamah sebagai tanda kasih dan ingatan YADIM kepada […]

Seminar Keluarga Mawaddah dan Memperkasakan Lelaki Qawwam

ANGGOTA Angkatan Tentera Malaysia di seluruh negara turut disantuni YADIM menerusi pelbagai pendekatan termasuk kerohanian. Justeru, selaras dengan hasrat kerajaan memperkasakan lelaki qawwam, Bahagian Penyelarasan NGO YADIM bekerjasama dengan Markas Divisyen Pertama Infantri Kuching, Sarawak mengadakan Seminar Keluarga Mawaddah dan Memperkasakan Lelaki Qawwam pada 25 Julai. Pegawai dan anggota beserta isteri masing-masing seramai 158 orang […]

Majlis Perasmian & Peluncuran Majlis Hadis Sahih Al-Bukhari Peringkat Kebangsaan.

ALHAMDULILLAH…. Majlis majlis ilmu yang kini semakin kerap dianjurkan di Putrajaya kekal mendapat sambutan sangat menggalakkan. Malam ini di Masjid Putra Putrajaya, dianggarkan lebih 3,000 orang memenuhi Majlis Perasmian & Peluncuran Majlis Hadis Sahih Al-Bukhari Peringkat Kebangsaan. Disempurnakan oleh Perdana Menteri Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim, ia merupakan anjuran bersama YADIM, Jabatan […]

Malaysia bakal jadi transit pelancong Muslim dari Asean

Hulu Langat: Malaysia bakal menjadi transit bagi pelancong Muslim dari China, Korea, Jepun dan negara Asean lain menerusi program Kembara Madani. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, sebagai permulaan kumpulan pertama program itu akan disertai 80 pelancong yang akan menginap di Institut Latihan Dakwah (Indah) Yayasan Dakwah […]

ADMY sebagai contoh pendakwah muda ikutan ramai

HULU LANGAT – “YADIM mahu lahirkan duat yang bukan sahaja mahir bercakap (dakwah), tetapi ada penampilan yang boleh dijadikan contoh. ”Kita nak lahirkan duat yang berbeza, kita mahu yang istiqamah, selagi dia jadi duat YADIM, dia jadi imej yang mewakili agensi ini, sentiasa istiqamah,”. Demikian harapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang […]

Penstrukturan MAIM Pulau Pinang

Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) Pulau Pinang selaku antara entiti utama di bawah YADIM memainkan peranan cukup besar dalam menyusun dan mencorakkan hala tuju badan bukan kerajaan (NGO) Islam. Perancangan untuk melaksanakan usaha tersebut memerlukan ketelitian dan persefahaman antara badan badan yang berkenaan. Bagi mencapai tujuan tersebut, MAIM Pulau Pinang telah mengadakan satu penstrukturan MAIM […]