MAIWP berhak laksana audit dana

KUALA LUMPUR – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) berhak melaksanakan audit dana yang disalurkan Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM), seperti mana yang sudah dilakukan kepada beberapa pihak lain. Unit Komunikasi Korporat MAIWP, berkata kelulusan yang diberi kepada pihak lain adalah kelulusan bersyarat iaitu tertakluk kepada Laporan Perbelanjaan yang perlu dikemukakan termasuklah oleh pihak […]

RM7 kadar zakat fitrah Negeri Sembilan

SEREMBAN – Kadar zakat fitrah yang ditetapkan di Negeri Sembilan tahun ini ialah RM7 seorang, naik 50 sen berbanding tahun lalu. Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), Datuk Mohamed Husein berkata, bagi memudahkan orang ramai, Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan akan membuka kaunter kutipan zakat setiap hari termasuk Sabtu, Ahad dan cuti umum sepanjang bulan […]

Tiga pilihan kadar zakat fitrah di Perak

IPOH – Pembayaran zakat fitrah bagi tahun 1440H/2019M di negeri ini ditetapkan pada tiga pilihan harga iaitu RM7, RM14, RM21. Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) dalam satu kenyataan memaklumkan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah telah berkenan memperakui pandangan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak Kali Ke-216 pada 16 Januari lalu bagi penetapan […]

Bank Islam perkenal kemudahan bayar zakat

KUALA LUMPUR – Bank Islam Malaysia Berhad melancarkan satu kemudahan tambahan baharu iaitu pembayaran Zakat Akaun Simpanan dan Pelaburan bagi membantu pelanggan membayar zakat kepada Agensi Mengurus Zakat (AMZ). Antara AMZ yang menyertai kemudahan ini adalah Pusat Pungutan Zakat – Majis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP), Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan Lembaga Zakat Negeri Kedah […]

KASIH, hospital swasta pertama ejen zakat bertauliah

KUALA LUMPUR – Sebuah hospital berkonsepkan zakat, infak dan endowmen, Kasih Holding Sdn Bhd (KASIH) dipilih Pusat Pungutan Zakat (PPZ) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAWP) sebagai ejen bertauliah menerima zakat bagi tujuan perubatan. Menurut Pengarah Eksekutif KASIH, Dr. Mohd Zaqrul Razmal Mohd Podzi, pelantikan itu melakar sejarah negara apabila julung kali kerajaan memberi […]

Kadar zakat fitrah Selangor kekal RM7

SHAH ALAM – Kadar zakat fitrah bagi Selangor kekal RM7 seorang tahun ini, menurut kenyataan Lembaga Zakat Selangor (LZS). Kenyataan itu menyebut kadar itu ditetapkan berdasarkan harga beras semasa bagi beras Super Tempatan Gred A. “Bagi golongan berkemampuan, mereka boleh memilih untuk menunaikan zakat fitrah mengikut harga beras yang dimakan bagi diri sendiri dan tanggungan,” […]

Kempen Dirikan Solat, Tunaikan Zakat dilancarkan

KUALA LUMPUR – Pusat Pungutan Zakat – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) melancarkan kempen Dirikan Solat dan Tunaikan Zakat. PPZ-MAIWP bekerjasama dengan Siti Khadijah Holding Sdn. Bhd., sebagai rakan strategik dalam kempen itu. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Syukri Yusoff berkata, kempen itu merupakan kali pertama dianjurkan di negara ini dengan menggabungkan dua rukun Islam […]

Kadar zakat fitrah di Kedah kekal RM7

ALOR SETAR – Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) menetapkan kadar zakat fitrah diwajibkan kepada umat Islam di Kedah tahun ini kekal dengan kadar minimum RM7 seorang. Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Negeri Kedah, Syeikh Zakaria Othman berkata, penetapan itu mengikut harga bagi timbangan satu gantang Baghdad bersamaan 2.6 kilogram (kg). Bagaimanapun, Syeikh Zakaria berkata, golongan […]

Zakat Fitrah Melaka RM7, RM14

AYER KEROH – Bermula tahun ini, kerajaan negeri menerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menetapkan dua kadar bayaran zakat fitrah kepada umat Islam iaitu RM7 dan RM14. Ketua Menteri, Adly Zahari yang juga Pengerusi MAIM berkata, ketetapan harga itu dibuat menerusi Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka berdasarkan harga semasa beras mengikut gred yang menjadi makanan rutin […]

MAINJ tetap kadar zakat fitrah RM7 dan RM10 tahun ini

JOHOR BAHRU – Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) menetapkan dua kadar harga zakat fitrah pada tahun ini iaitu RM7 dan RM10. Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Johor Aminolhuda Hassan berkata ketetapan harga itu dibuat menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor dengan pengesahan MAINJ. Katanya, penetapan harga fitrah adalah berdasarkan kepada harga […]