YADIM Peduli : Ziarah Kasih Pesakit Hospital Yan

YAN – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah terus melaksanakan pelbagai pengisian program untuk Ihya Ramadan Sebulan YADIM (IRSYAD 360). Terbaharu pada 18 April, mereka telah menyantuni pesakit di hospital Yan di sini menerusi program YADIM Peduli : Ziarah Kasih Pesakit Hospital Yan. Seramai 50 pesakit disantuni menerusi program ini yang dianjurkan bersama dengan Pusat […]

YADIM Peduli : Musa’adah Asnaf di Gunung Reng, Batu Melintang

JELI – Menyantuni dan menziarahi orang yang sakit amat dituntut dalam Islam. Justeru itu Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan pada 5 April telah melakukan kunjungan kepada keluarga asnaf yang memerlukan diKampung Gunung Reng dan Batu Melintang di sini. Sebanyak 15 keluarga dikunjungi dan menerima sumbangan barangan keperluan harian daripada YADIM Kelantan. Mereka merupakan pesakit […]

Ziarah YDP YADIM ke atas pengasas Maahad Tahfiz As Solehah

ALOR SETAR – Dalam perjalanan ke Kangar untuk program pada 20 Mac, Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Yang Berusaha Ustaz Nasrudin Hassan sempat meluangkan masa menziarahi mudir sebuah sekolah tahfiz di sini. Bersama Pengarah YADIM Kedah, Ustaz Mohd Aizat Zakaria, beliau menziarahi Al Fadhil Ustaz Mohamad@Fauzi Husin di kediamannya di Maahad As Solehah, […]

Ziarah Kasih di Kampung Seri Menanti

SOOK – Siri Ziarah Kasih menyantuni masyarakat yang memerlukan di negeri ini oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah diteruskan lagi dengan lokasi terbaharu di Kampung Seri Menanti di sini pada 5 Mac. Seramai 50 keluarga menerima barangan keperluan harian untuk meringankan beban mereka yang terjejas dengan penularan Covid-19. Hadir ke majlis penyerahan ialah Menteri […]

Ziarah YADIM Peduli dan Bicara Agama di DUN Pedu

PADANG TERAP – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah pada 12 Februari mengadakan program Ziarah YADIM Peduli dan Bicara Agama di Dewan Undangan Negeri Pedu di sini. Ziarah dilakukan kepada 10 buah rumah yang terdiri dari guru agama, pemimpin masyarakat, mantan imam, mantan bilal serta aktivis masyarakat. Bicara agama pula diadakan di Masjid Kampung,Lubuk Perong, […]

Ziarah Kasih di Kampung Karanaan

RANAU – Tinggi-tinggi gunung Kinabalu, tinggi lagi hasrat Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dalam dakwah. Menyahut seruan dakwah yang kini perlu dilakukan secara kreatif dan pelbagai, YADIM Sabah telah dan akan meneruskan Program YADIM Peduli: Ziarah Kasih samada di kawasan bandar mahupun kawasan pedalaman negeri ini. Siri terbaharu program ini ialah di Kampung Karanaan di […]

Ziarah mangsa kebakaran di Sering, Pengkalan Chepa.

SERING – Pada 11 Jun lalu sekitar jam 7.40 malam, sebuah kediaman di Kampung Senang di sini musnah terbakar, dipercayai akibat litar pintas. Kejadian malang itu mengakibatkan Wan Mohd Daud Wan Sulong dan sembilan lagi ahli keluarganya kini terpaksa tinggal berhimpit di dapur kediamannya, memandangkan hanya itu sahaja bahagian rumahnya yang tidak musnah dalam kejadian […]

98 asnaf,orang Asli terima manfaat Ziarah Sinar Kasih Musa’adah Covid-19 Negeri Sembilan

KUALA PILAH – Seramai 98 keluarga asnaf dan Orang Asli menerima manfaat daripada program Ziarah Sinar Kasih Musa’adah Covid-19 Negeri Sembilan yang berakhir pada 28 Jun. Program dengan konsep jelajah itu menyantuni dua golongan tersebut yang sebelum ini terkesan dengan Covid-19 yang melanda negara. Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Negeri Sembilan yang menganjurkan program tersebut, […]

Ziarah Prihatin YADIM Perlis

ARAU – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Perlis turut tidak ketinggalan dalam usaha menyantuni golongan yang menerima kesan akibat Covid-19 di negeri ini. Program penyaluran bantuan tetap dilaksanakan mereka, walaupun kini negara sudah memasuki fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan. Bertempat di sekitar bandar ini pada 17 Jun lalu, YADIM Perlis dengan kerjasama pasukan Sukarelawan Al […]

SAR Selangor ziarahi Pengerusi SAR Batu 16 Rawang yang uzur

RAWANG – Pasukan Sukarelawan Al Rahmah (SAR) Selangor pada 13 Jun telah melaksanakan ziarah kasih kepada Pengerusi SAR Batu 16 Rawang di sini, Zaleha Said yang kini uzur. Zaleha yang dahulunya bergiat aktif dengan pelbagai aktiviti kesukarelawanan kini difahamkan tidak mampu berbuat demikian akibat kerap terpaksa berulang alik ke hospital. SAR Selangor yang diwakili Pengerusinya, […]