Kerajaan akan bantu pusat tahfiz berisiko

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan membantu lebih 400 pusat tahfiz berdaftar di seluruh negara yang terdedah kepada risiko kebakaran menerusi peruntukan RM50 juta seperti diumumkan dalam Belanjawan 2019. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof, berkata pihaknya akan bekerjasama dengan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) untuk mengenal pasti pusat tahfiz berisiko berkenaan. […]

Dasar Kebersihan Negara digerakkan

CYBERJAYA  – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan menggerakkan Dasar Kebersihan Negara dalam usaha mempertingkatkan kesedaran masyarakat awam tentang betapa pentingnya peranan mereka dalam kebersihan negara. Menterinya, Zuraida Kamaruddin berkata, ke arah itu, kementerian menggariskan tiga hala tuju dalam pelaksanaannya termasuk usaha menjadikan sampah sebagai sumber penjanaan pendapatan merangkumi ‘circular economy’. Seterusnya kata beliau, […]

Putrajaya rancang bina 1 juta rumah mampu milik dalam 10 tahun

GEORGE TOWN – Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) merancang membina sejuta unit rumah mampu milik dalam 10 tahun untuk membantu orang ramai, khasnya golongan berpendapatan rendah memiliki rumah sendiri. Menterinya, Zuraida Kamaruddin berkata KPKT akan menyelaras semua projek perumahan di bawah Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB) dan membina 100,000 unit rumah setahun, bermula tahun […]

Inkues perlu bagi lengkap siasatan secara menyeluruh

PUTRAJAYA – Inkues dijalankan bagi mengenal pasti punca kematian Muhammad Adib Mohd. Kassim adalah perlu bagi melengkapkan siasatan membabitkan anggota bomba itu secara menyeluruh dan sempurna. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamarudin berkata, pihaknya menyokong dan menyambut keputusan mengadakan inkues yang sekali gus dapat mengenal pasti punca kematian. “Dalam soal ini, saya rasa Kementerian […]

Muhammad Adib, semoga tenang di sana…

KUALA LUMPUR – Selepas 20 hari bertarung nyawa, pegawai bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim yang parah dipukul sekumpulan perusuh di hadapan kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya meninggal dunia 9.41 malam tadi. Menteri Perumahan & Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin dalam satu kenyataan berkata, dukacita dimaklumkan Pegawai Bomba Muhammad Adib Kassim telah meninggal dunia […]

KPKT rangka akta pembangunan rumah ibadat

KUALA LUMPUR – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang merangka satu akta bagi memastikan rumah ibadat yang belum dibina mendapat kelulusan terlebih dahulu, kata Menterinya, Zuraida Kamaruddin. Beliau berkata, sekiranya akta berkenaan wujud, pihaknya akan membuat satu undang-undang kecil. “Kita juga akan mengadakan satu ’pembersihan’ dari segi mendapatkan pendaftaran rumah ibadat dan kedudukan mereka […]