Home » Citra Yadim » Tahlil Perdana Dan Sumbangan Untuk Anak Yatim Oleh SAY Kuala Langat

Tahlil Perdana Dan Sumbangan Untuk Anak Yatim Oleh SAY Kuala Langat

SIJANGKANG – Bertempat di Rumah Pertubuhan Anak-anak Yatim Sijangkang di sini, Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat telah mengadakan satu program bagi menyantuni penghuni pusat tersebut.

Program pada 4 April itu menyaksikan SAY Kuala Langat menyampaikan sumbangan untuk 30 anak yatim menerusi pemberian barangan keperluan harian dan buah kurma.

Setiausaha Sukarelawan YADIM Rawang, Noorsiah Mohd Yusof yang hadir turut menerima sumbangan buah kurma.

Turut diadakan ialah majlis tahlil yang dipimpin oleh Penolong Pengarah YADIM, Ustaz Khusnaini Mongin serta khatam Al Quran yang dipimpin oleh Ustaz Amirul Khairul Annam.

Ustaz Khusnaini turut mengadakan tazkirah ringkas menghadapi bulan Ramadhan yang menjelang tidak lama lagi.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *