Home » Citra Yadim » Tahsin Ibadah – Pengurusan Jenazah Surau An Naim, Taman Ria Jaya

Tahsin Ibadah – Pengurusan Jenazah Surau An Naim, Taman Ria Jaya

SUNGAI PETANI – Hujung minggu ini iaitu pada 21 dan 22 Februari menyaksikan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia mempunyai jadual yang padat negeri ini.

Selain Timbalan Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Zolkharnain Abidin yang bersiaran di Kedah.FM dan menghadiri beberapa lagi program lain, Bahagian Khidmat Bakti (Sukarelawan YADIM) mengadakan Kembara Komuniti, manakala YADIM Kedah pula menganjurkan pelbagai aktiviti bagi menyantuni masyarakat di negeri ini, antaranya termasuklah Program Tahsin Ibadah.

Program ‘Tahsin Ibadah – Pengurusan Jenazah’ ini diadakan di Surau An Naim, Taman Ria Jaya, Sungai Petani pada 22 Feb 2020.

Seramai 93 orang penduduk sekitar kawasan ini menyertainya. Ia dimulakan dengan ceramah dan penerangan secara teori oleh pegawai YADIM Kedah, Azmi Mohammad.

Selesai sesi teori, para peserta didedahkan dengan latihan praktikal pengendalian jenazah oleh Azmi termasuklah proses memandikan dan mengafankan jenazah.

Ucapan perasmian program kemudiannya telah disampaikan oleh imam Surau An Naim, Abd Aziz Deraman.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *