Home » Citra Yadim » Tahsin Ibadah Sembelihan Taman Ria Jaya

Tahsin Ibadah Sembelihan Taman Ria Jaya

SUNGAI PETANI – Usaha dakwah Yayasan Dakwah Islamah Malaysia (YADIM) dilaksanakan dalam pelbagai bentuk meliputi semua lapisan masyarakat.

la dilaksanakan bukan sahaia dalam bentuk dakwah secara lanasung tetapi juga dari segi pengisian imu sebagai panduan hidup.

Sesuai dengan hasrat itu, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah telah mengadakan program Tahsin Ibadah Sembelihan telah diadakan kepada ahli kariah Surau An-Naim dan penduduk sekitar Taman Ria Jaya Sungai Petani di sini pada 27 Mac.

Ia bertujuan memberi pendedahan dan pengetahuan kepada mereka mengenai kaedah menyembelih yang betul dan menurut syarak.

Kakitangan YADIM Kedah, Ustaz Haji Azmi Mohamad yang bertindak selaku penyelaras dan penceramah program telah memulakan program
pada jam 8.30 pagi dengan kelas teori kepada lebih 50 peserta.

Antara yang disentuh dalam sesi ini ialah syarat syarat sembelihan, hikmah serta langkah langkah yang betul untuk melaksanakan ibadah sembelihan.

Selesai sesi teori. Ustaz Azmi meneruskan dengan sesi praktikal dengan menunjukkan kaedah yang betul melaksanakan sembelihan kepada peserta kursus.

Ayam yang disembelih oleh Ustaz Azmi dan para peserta kursus sembelihan kemudiannya dimasak  sebelum dihidangkan dan dijamah bersama sama dalam iamuan makan tengahari.

Hadir sama ke program ini ialah Ahli Majlis Perbandaran Sungai Petani, Dr Mohd Ali Sulaiman dan Imam Surau An Naim, Aziz Desan.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *