Home » Citra Yadim » Tajaan korban untuk 300 asnaf Sabah dan 30,000 pelarian Rohingya.

Tajaan korban untuk 300 asnaf Sabah dan 30,000 pelarian Rohingya.

PUTRAJAYA – Muslim Volunteer Malaysia (MVM) sekali lagi dengan kerjasama Global Peace Mission (GPM) dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) sedang giat mengumpul tajaan bagi Ibadah Qurban 2019 di kem pelarian Rohingya, Bangladesh dan Kampung Kauluan, Ranau, Sabah.

Pada tahun ini, pihak penganjur meletakkan sasaran untuk mengumpul tajaan sebanyak 40 ekor lembu di kem pelarian Rohingya dan tiga ekor untuk Kampung Kauluan.

Selain ibadah korban, pihak penganjur juga mengalu-alukan tajaan beras untuk penerima bantuan dan juga dana menggerakkan program dalam Kempen Sedekah Qurban.

Tajaan korban di Bangladesh adalah sebanyak RM360 bagi satu bahagian, tajaan korban di Malaysia sebanyak RM715 satu bahagian, manakala sedekah korban adalah sebanyak RM30 sahaja.

Bagi sesiapa yang berminat menyertai program ini, pihak penganjur menyediakan tiga platform bagi sesiapa yang ingin membuat sumbangan.

Sumbangan boleh dibuat atas nama Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia  melalui Maybank (564801647699), CIMB (8602537807), Bank Islam (1230 0010 0030 65), Affinbank (106020038503) dan email ke account@mvm.org.my.

Sumbangan secara dalam talian juga boleh dibuat melalui https://donation.mvm.org.my.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *