Home » Citra Yadim » Taklimat Ikon Cilik YADIM di Pejabat Yadim Terengganu

Taklimat Ikon Cilik YADIM di Pejabat Yadim Terengganu

KUALA TERENGGANU – Bagi melaksanakan gerak kerja awal program Ikon Cilik YADIM (ICY), Bahagian Kepimpinan Muda (KEMUDA), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah mengadakan taklimat pelaksanaan program itu di sini.

Taklimat yang diadakan di pejabat YADIM Terengganu pada 17 Ogos itu dihadiri oleh wakil Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Tuan Haron Tuan Kob dari Unit Dakwah Sektor Pendidikan Islam.

YADIM diwakili Pengarah YADIM Terengganu Mahadi Awang, Pengarah KEMUDA, Shahrizal Mat dan Koordinator ICY Terengganu, Nurul Ashikin Zakaria.

Taklimat kali ini juga dihadiri oleh semua kakitangan YADIM Terengganu bagi penerangan dan pelarasan gerak kerja awal bagi menjayakan ICY di peringkat Negeri Terengganu.

ICY mensasarkan untuk mengasah bakat para pelajar berusia 10 hingga 11 tahun sebagai pelajar contoh untuk menjadikan mereka sebagai ikon kepada rakan sebaya.

Ikon Cilik YADIM, pencetus inspirasi ummah

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *