Home » Langit Terbuka » Tan Sri Abdul Rashid Hussain, Khairul Aming terima anugerah sempena Maulidur Rasul 2025

Tan Sri Abdul Rashid Hussain, Khairul Aming terima anugerah sempena Maulidur Rasul 2025

SERI Paduka Yang Dipertuan Agong bersama penerima Tokoh dan Anugerah Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan di MAEPS, Serdang. - Foto Ihsan Media Mulia

SERDANG: Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Tan Sri Abdul Rashid Hussain, telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Tokoh Perdana Maulidur Rasul 2025 dalam majlis sambutan peringkat kebangsaan yang berlangsung di MAEPS, Serdang, hari ini.

 

Pengiktirafan tersebut diberikan atas sumbangan beliau dalam pembinaan beberapa buah masjid, menjadikannya penerima utama bagi anugerah berprestij itu.

 

Mengulas pemilihannya, Abdul Rashid menyatakan rasa terharu dan menganggap anugerah itu sebagai penghargaan terhadap peranannya di Tabung Haji.

 

“Anugerah ini semestinya hasil daripada sumbangan Tabung Haji. Sama ada ia diambil kira ataupun tidak, saya tidak pasti. Tapi saya harus mengakui bahawa Tabung Haji memainkan peranan besar bagi saya ketika ini,” katanya pada sidang media selepas majlis penyampaian anugerah.

 

Turut menerima pengiktirafan ialah pempengaruh dan usahawan terkenal, Khairul Amin Kamarulzaman atau Khairul Aming, yang dianugerahkan dalam kategori Usahawan/Teknokrat Berjaya.

 

Pelakon Angeline Tan pula diumumkan sebagai penerima bagi kategori Saudara Baru Cemerlang (Muallaf).

 

Kesemua anugerah disampaikan oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dalam majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan 1447H/2025M. – Berita Harian

Artikel Berkaitan

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

3 Tingkatan Puasa

Imam Ghazali RA dalam kitab Ihya Ulumuddin telah mengkategorikan puasa kepada 3 peringkat iaitu: 1. As-Saumul umum – puasa umum. 2. As-Saumul

5 sebab pentingnya berjemaah

Mengerjakan solat fardu lima kali sehari semalam merupakan salah satu rukun Islam dan diumpamakan sebagai tiang agama. Jika roboh tiang itu, maka

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *