Home » Langit Terbuka » Tangguh aktiviti masjid, surau dilanjut, kata menteri agama

Tangguh aktiviti masjid, surau dilanjut, kata menteri agama

Cadangan penangguhan aktiviti masjid dan surau itu selaras dengan Resolusi Dalam Talian Ahli-Ahli Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia pada 20 Mac yang bersetuju mengambil ketetapan seperti penangguhan semua aktiviti. - Foto FMT

PETALING JAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri mencadangkan aktiviti melibatkan masjid dan surau termasuk menunaikan solat Jumaat dan berjemaah dilanjutkan sehingga tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) berakhir.

Zulkifli berkata, cadangan berkenaan dibuat selepas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan lanjutan tempoh PKP sehingga 14 April depan, berdasarkan peningkatan kes positif Covid-19.

“Ini adalah selaras dengan Resolusi Dalam Talian Ahli-Ahli Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia pada 20 Mac yang bersetuju mengambil ketetapan seperti penangguhan semua aktiviti masjid dan surau.

“Ia termasuk solat Jumaat dan solat berjemaah sebelum ini, adalah dilanjutkan sehingga 31 Mac 2020 atau mengikut apa-apa ketetapan yang diputuskan oleh kerajaan Malaysia dari masa ke semasa,” katanya dalam satu kenyataan, pada 25 Mac.

Zulkifli berkata, beliau bagaimanapun menyerahkan pertimbangan dan keputusan pihak berkuasa agama Islam di setiap negeri.

“Saya mengharapkan semua umat Islam dapat mematuhi arahan ini dengan menunaikan solat Zohor pada hari Jumaat dan juga solat fardhu di rumah atau di tempat masing-masing,” katanya.

Terdahulu, Muhyiddin mengumumkan perintah kawalan pergerakan dilanjutkan sehingga 14 April kerana trend semasa menunjukkan kes positif Covid-19 baru masih berlaku. – FMT

Artikel Berkaitan

Jelajah Seminar Kenegaraan Madani

YADIM Negeri Selangor dengan Kerjasama Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) pada 17 April memulakan penganjuran Jelajah Seminar Kenegaraan Madani untuk

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *