Home » Langit Terbuka » Tauliah agama: JAKIM serah kepada JAIM

Tauliah agama: JAKIM serah kepada JAIM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Fuziah Salleh. - Foto Malaysian Reserve

KUALA KUBU BHARU – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyerahkan kepada Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) untuk membuat keputusan mengenai status pentauliahan mengajar agama melibatkan penceramah, Wan Ji Wan Hussin.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh berkata, pentauliahan bagi membenarkan seseorang itu mengajar dan menyampaikan tauliah terletak di bawah bidang kuasa jabatan agama Islam negeri.

Menurutnya, kekecohan yang berlaku di sebuah masjid di Melaka pada malam Ahad lalu dilakukan sekumpulan individu dalam kelompok kecil.

“Saya kira mereka yang membuat kekecohan itu hanya kelompok yang kecil, apapun JAKIM serahkan kepada jabatan agama Islam negeri untuk buat keputusan kerana dia (Wan Ji) sebenarnya ada tauliah.

“Sebab itu saya harap institusi masjid tidak dipolitikkan dan tidak dijadikan isu,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Intifal Huffaz Peringkat Kebangsaan dan Ekspo Konvokesyen Darul Quran JAKIM, petang tadi.

“Terserah kepada jabatan agama Islam negeri kerana JAKIM hanya beri tauliah untuk kawasan Wilayah Persekutuan. Saya sendiri di Pahang pun tak ada tauliah,” katanya.

Dalam pada itu, Fuziah berkata, bahawa tiada sebarang aduan dan laporan lanjut diterima berhubung video sekumpulan jemaah yang mengamalkan zikir pelik di sebuah surau di Ulu Tembeling, Jerantut pada 11 Julai lalu.

Menurutnya, lelaki dikenali sebagai Toki itu difahamkam baru pertama kali ke kampung berkenaan dan sukar dikesan sebaik penularan video tersebut.

“Saya yakin Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) akan mengambil tindakan bagi memastikan mereka mengikut ajaran Sunnah Wal Jamaah.

“Setakat ini tiada laporan polis dan sekiranya ada aduan, kita akan siasat. Sebab itu orang ramai perlu segera melaporkan kepada jabatan agama sekiranya ada kes ajaran yang menyimpang sebegini,” katanya. – Sinar Harian

 

Artikel Berkaitan

Jelajah Seminar Kenegaraan Madani

YADIM Negeri Selangor dengan Kerjasama Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) pada 17 April memulakan penganjuran Jelajah Seminar Kenegaraan Madani untuk

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *