Home » Citra Yadim » Terima penarafan tahap Baik, agensi Islam pertama diaudit DBP

Terima penarafan tahap Baik, agensi Islam pertama diaudit DBP

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia meraih markah sebanyak 89.6 peratus dalam audit Bahasa Melayu yang dijalankan ke atasnya baru baru ini.

Dengan markah tersebut, ia menerima penarafan Tahap 4 atau Baik dalam audit yang dijalankan terhadapnya oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) itu.

Selaku agensi Islam pertama di bawah Jabatan Perdana Menteri yang diaudit, ia merupakan satu pencapaian sangat membanggakan.

Hasil pengauditan tersebut pada 20 hingga 22 November, DBP mengiktiraf bahawa tahap dan mutu penggunaan Bahasa Melayu di YADIM khususnya di Sektor Penyelidikan, Penerbitan dan Antarabangsa serta Sektor Pengurusan ialah baik.

Pemerhatian dan lawatan DBP ke stesen kerja pegawai mendapati penggunaan bahasa Melayu dalam urusan rasmi di YADIM adalah baik.

DBP turut memberi beberapa penambahbaikan seperti mencadangkan YADIM mengadakan sendiri audit dalaman Bahasa Melayu selepas ini dan mengadakan kursus penggunaan bahasa tersebut.

Turut dicadangkan ialah menambah bilangan pegawai perujuk bahasa (Munsyi Muda) serta menjalankan kempen kesedaran Dasar Bahasa Kebangsaan.

Antara pegawai DBP yang terlibat dalam sesi audit ini ialah Timbalan Ketua Bahagian Promosi dan Pengiktirafan, Roziah Md. Yunus, Munsyi Dewan, Hasnah Mohd. Saleh, Nurul Aina Borhan, Nor Safawati Sabari dan Khairunnisa Ismail.

Unit Audit dan Kualiti YADIM diberi tanggungjawab menyelaras sesi audit tersebut dijalankan.

Pengarah Pejabat Yang Dipertua YADIM, Yaakub Idris mempengerusikan Mesyuarat Penutupan Audit Bahasa Melayu di akhir sesi berkenaan.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *