Home » Ensiklopedia » Tidak Ada Masa, Tanpa Buku : Fairuzabadi

Tidak Ada Masa, Tanpa Buku : Fairuzabadi

 

Seorang wanita pernah berkata,

Bahawa engkau telah membelanjakan banyak harta untuk membeli buku,

Aku katakan biarkan aku,

Semoga aku melihat di dalamnya,

Buku yang menunjukkanku,

Untuk melihat bukuku aman di sisi kananku.

Fairuzabadi adalah Imam al-lughah (ulama sasterawan) yang sangat terkenal dengan karyanya “Al-Qamus”. Beliau seorang ulama yang tawaduk dan sangat luas ilmunya. Dilahirkan di Kazrawan sebuah kampung berhampiran Syiraz, Iran pada tahun 729 H/1329M. Nama sebenarnya ialah Abu Tahir Muhammad bin Yakkub bin Muhammad al-Fairuzabadi.

‘Tidak ada masa, tanpa buku’ ialah motto dalam hidup Fairuzabadi yang selalu dahagakan ilmu itu. Minat beliau terhadap buku sangat mendalam sehingga sanggup membeli walaupun harganya sangat mahal dan sukar didapati.

Selain terkenal kerana ketokohannya, Fairuzabadi juga terkenal dengan sifat borosnya dalam berbelanja terutama untuk membeli buku. Sehinggakan apabila sudah tidak mempunyai wang langsung untuk membeli barang keperluan asasnya, beliau akan menjual beberapa buku koleksinya. Namun, apabila kewangannya kembali stabil, beliau akan membeli buku lagi. Begitulah seterusnya.

Fairuzabadi menetap di Zabid sehingga wafat. Beliau wafat pada tahun 1415 M.

 

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *