Home » Langit Terbuka » Tidak Perlu Mahram, Kini Jemaah Wanita Bebas Ke Tanah Suci

Tidak Perlu Mahram, Kini Jemaah Wanita Bebas Ke Tanah Suci

Mahram tidak lagi diwajibkan untuk menemani jemaah wanita yang ingin pergi ke Tanah Suci bagi menunaikan haji atau umrah. - Foto Masala!.com

KUALA LUMPUR: Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Tawfiq Al-Rabiah baru-baru ini mengumumkan bahawa mahram (saudara kandung) tidak lagi diwajibkan untuk menemani jemaah wanita yang ingin pergi ke Tanah Suci bagi menunaikan haji atau umrah, lapor Saudi Gazette.

Kenyataan itu sekali gus menamatkan kontroversi yang berlarutan mengenai keperluan mahram untuk mengiringi jemaah wanita menerusi sidang media di Kedutaan Arab Saudi di Kaherah pada Isnin.

Jelasnya lagi, tiada kuota atau siling untuk jumlah visa umrah dikeluarkan untuk umat Islam dari seluruh dunia.

“Mana-mana umat Islam yang datang pelbagai negara dengan apa-apa jenis visa boleh menunaikan umrah,” katanya.

Dalam pada itu, Al-Rabiah berkata, kos pembesaran Masjidil Haram di Makkah melebihi SR200 bilion dan merupakan yang terbesar pernah dilakukan dalam sejarah masjid suci itu.

Tegasnya, Arab Saudi komited untuk mengurangkan kos mengerjakan haji dan umrah dan ia berkaitan dengan beberapa faktor. Beliau merujuk kepada usaha kerajaan baru-baru ini menerusi pengenalan dan penggunaan teknologi moden dan pendigitalan dalam perkhidmatan yang disediakan kepada mereka yang ingin melawat Dua Masjid Suci.

“Ini termasuk penggunaan robot bagi perkhidmatan kepada jemaah haji, serta membangunkan platform Nusk, yang menyediakan banyak kemudahan untuk jemaah dan pengunjung Masjidil Haram. Permit umrah boleh ditempah melalui platform itu dalam tempoh yang singkat dan visa boleh diperoleh dalam tempoh 24 jam,” tambahnya.- AlHijrah Online

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *