Home » Citra Yadim » Timbalan Menteri Agama Kunjungi YADIM Kelantan

Timbalan Menteri Agama Kunjungi YADIM Kelantan

KOTA BHARU – Kunjungan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Senator Puan Marhamah Rosli ke pejabat baharu YADIM Negeri Kelantan di Jalan Sultan Ibrahim, Kota Bharu, telah diadakan pada 1 November.

Ketibaan beliau disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Haji Zamri Zainal Abidin, Pengarah Kanan Sektor Latihan dan Pengkaderan, Haji Mahadi Awang serta Pengarah YADIM Negeri Kelantan, Ustazah Yusnita Muhamed Yusoff.

Kunjungan santai sambil bersarapan bersama kakitangan YADIM itu menjadi wadah mengeratkan hubungan silaturahim dan bertukar pandangan berkaitan usaha memperkasa agenda dakwah serta pembangunan ummah.

YADIM Kelantan merakamkan penghargaan atas kesudian Yang Berhormat Timbalan Menteri bersama delegasi berkunjung ke pejabat baharu YADIM Kelantan. Kunjungan ini diharapkan dapat terus menyemarakkan semangat kerjasama dan memperkukuh komitmen bersama dalam memperluas agenda dakwah demi kesejahteraan masyarakat.

Artikel Berkaitan

40 orang peserta sertai Bengkel Memanah

PASIR PUTEH – Seramai 40 orang peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat telah menyertai Bengkel Memanah bertemakan “Aim High, Fokus Jati Diri” yang

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *