KOTA BHARU – Tradisi memasak bubur asyura terus menjadi medium menyatukan masyarakat apabila YADIM Negeri Kelantan bersama penduduk Kampung Kubang Pasu menganjurkan Program Ukhwah Kuca Bubur Asyura di Masjid An Nur Kubang Pasu, Kota Bharu pada 4 Julai.
Kehadiran Pengarah YADIM Negeri Kelantan, Ustazah Yusnita Muhamed Yusoff telah disambut mesra oleh Pengerusi Masjid An Nur, Ustaz Mohamed Suhaimi Yusof bersama ahli jawatankuasa masjid serta penduduk setempat yang berganding bahu menjayakan program tersebut.
Turut diadakan cabutan bertuah bagi meraikan ahli komuniti yang hadir. Perasmian program ini telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Lama, Yang Berhormat Dr. Hafidzah Mustakim.
Sebanyak dua kawah Bubur Asyura dimasak secara bergotong-royong sebelum diagihkan kepada masyarakat setempat. Program ini bukan sahaja memelihara tradisi sempena bulan Muharam, malah mengeratkan silaturahim dan memupuk semangat kerjasama dalam komuniti.
Program ini turut menjadi platform YADIM Kelantan mendekati masyarakat akar umbi serta menyantuni komuniti dan penggerak masjid yang aktif dalam pelbagai aktiviti kemasyarakatan.



KOMEN