Home » Langit Terbuka » Tragedi solat Jumaat: Seorang warga Malaysia cedera

Tragedi solat Jumaat: Seorang warga Malaysia cedera

Mohd Tarmizi (gambar) merupakan pengendali simulator penerbangan, dilaporkan mengalami kecederaan pada belakang badannya. - Foto Awani

KUALA LUMPUR – Seorang rakyat Malaysia disahkan cedera dalam insiden tembakan rambang di sebuah masjid di Christchurch, New Zealand.

Setiausaha Kedua di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington, Muhammad Azhari Azmi berkata mangsa, Mohd Tarmizi Shuib, sedang menerima rawatan di Hospital Christchurch.

“Kita dimaklumkan oleh isteri mangsa bahawa beliau sedang dirawat di Hospital Christchurch tetapi kita tidak tahu buat masa ini keadaannya lagi.

“Pihak berkuasa telah mengeluarkan perintah berkurung dan buat masa ini kita hanya dapat bergantung kepada maklumat daripada pihak berkuasa,” kata Muhammad Azhari ketika dihubungi Astro AWANI.

Mohd Tarmizi merupakan pengendali simulator penerbangan dan telah bekerja di New Zealand selama lebih setahun, dilaporkan mengalami kecederaan pada belakang badannya.

Ia difahamkan bahawa Tarmizi dan keluarganya sering berkunjung ke salah satu masjid yang terbabit untuk menunaikan solat Jumaat.

Beliau juga memaklumkan bahawa anak Tarmizi yang hanya dikenali sebagai Haziq masih tidak dapat dihubungi.

“Kita dimaklumkan isteri mangsa, anak mereka tidak dapat dihubungi.

“Orang di sekitar kawasan kejadian telah dipindahkan pihak polis, oleh itu buat masa ini, kita tidak dapat menghubungi anaknya lagi,” tambahnya.

Dalam pada itu, pihak Mohd Azhari dapat menghubungi wakil pelajar di Christchurch dan mereka berada dalam keadaan selamat buat masa ini.

“Wakil pelajar tersebut masih sedang menghubungi semua pelajar di situ tetapi tiada pelajar warganegara Malaysia yang cedera setakat ini,” katanya. – Awani.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *