Home » Kenyataan Media » Tulisan Jawi: YADIM sokong Kementerian Pendidikan

Tulisan Jawi: YADIM sokong Kementerian Pendidikan

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) menyokong penuh usaha kerajaan memperkenalkan seni Khat dan tulisan Jawi bagi mata pelajaran bahasa Melayu Tahun Empat mulai tahun hadapan.

Langkah itu disifatkan mampu memartabatkan tulisan Jawi dan seni Khat yang digunapakai oleh generasi dahulu, termasuk dalam urusan urusan rasmi kerajaan.

Pihak yang merasa resah terhadap langkah Kementerian Pendidikan ini, diseru supayamelihat isu ini dari aspek pendidikan dan warisan sejarah.

Ini kerana tulisan tersebut sebelum ini telah lama berada dalam jalur budaya masyarakat berbilang kaum negara ini tanpa ujud sebarang masalah, malah sama sama digunakan dalam persuratan rasmi dan bukan rasmi.

YADIM berharap agar Kementerian Pendidikan akan bertegas dalam isu ini, serta tidak tunduk kepada desakan desakan pihak yang menentang langkah ini, demi memelihara warisan negara.

Dengan langkah ini, YADIM yakin ia akan meningkatkan kefahaman generasi muda terhadap tulisan Jawi dan Bahasa Arab, serta memudahkan mereka untuk mempelajari Al-Quran serta memahaminya seterusnya beramal dengannya.

Dengan memartabatkan tulisan Jawi dan seni Khat, kekayaan seni budaya masyarakat Malaysia yang pelbagai dengan penggunaan tulisan berbeza mengikut kaum semakin jelas diraikan.

Sebagai sebuah negara berbilang kaum, proses silang budaya perlu terus disemarakkan kepada setiap anggota masyarakat dalam mempelajari dan menghormati budaya kaum lain, termasuklah bahasa dan tulisan.

Justeru, masyarakat Melayu juga disaran untuk mempelajari bahasa dan tulisan kaum lain, selaras dengan ajaran Islam yang menggalakkan umatnya menuntut ilmu.

Yang Berbahagia Ustaz Nik Omar Nik Abdul Aziz
Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)
7 Ogos 2019

Artikel Berkaitan

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *