Home » Citra Yadim » TYDP YADIM Sampaikan Amanat Kepada DMY 2026

TYDP YADIM Sampaikan Amanat Kepada DMY 2026

HULU LANGAT – Daie Muda YADIM (DMY) 2026 diseru supaya menjadikan ilmu, integriti dan keteguhan prinsip sebagai asas dalam melaksanakan amanah dakwah.

Amanat khas Timbalan Yang Dipertua YADIM, Profesor Madya Dr. Adi Anuar Azmin kepada peserta program itu di Institut Latihan Dakwah YADIM, Hulu Langat pada 2 Oktober turut menyentuh keperluan generasi pendakwah untuk berani menyampaikan kebenaran, menjauhi perkara yang batil serta berdepan dengan perubahan zaman secara berhikmah.

Menurut beliau, peranan seorang daie bukan sekadar menyampaikan ilmu, tetapi turut membentuk masyarakat melalui akhlak, ketelusan dan keperibadian yang baik.

Beliau turut mengingatkan ,mereka agar amanah dakwah dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab, khususnya ketika masyarakat berdepan perubahan dan cabaran yang semakin pelbagai.

Amanat tersebut menjadi antara pengisian kepada peserta Daie Muda YADIM 2026 sebagai persediaan mereka untuk membawa misi dakwah YADIM di lapangan.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *