PUTRAJAYA – Dalam usaha memperkukuh hubungan dan membuka ruang kerjasama baharu, Pusat Islam Universiti MAIWP (UniMAIWP) pada 4 Mei telah mengadakan kunjungan hormat ke Ibu Pejabat YADIM di Putrajaya.
Delegasi Pusat Islam UniMAIWP telah disambut oleh Pengarah Bahagian Kepimpinan Muda (KEMUDA) YADIM, Ustaz Ab Razak Aripin. Rombongan tersebut diketuai oleh Pengarah Pusat Islam UniMAIWP, Ustaz Syahmi Syafiq Azmi.
Dalam ucapan aluannya, Ustaz Ab Razak mengalu-alukan kehadiran delegasi serta menyatakan penghargaan atas inisiatif yang diambil dalam mempererat hubungan antara institusi pendidikan dan agensi dakwah. Beliau turut memberikan penerangan mengenai peranan Bahagian KEMUDA serta peluang kerjasama yang boleh dijalin.
Dalam reaksi balasnya, Ustaz Syahmi Syafiq menyambut baik cadangan kerjasama lebih erat bersama YADIM, khususnya melalui Bahagian KEMUDA, termasuk cadangan penubuhan Rakan Siswa YADIM (RSY) di UniMAIWP.
Sementara itu, Penolong Pengarah Institut Latihan Dakwah YADIM (INDAH), Encik Mohammad Syazwannuddin Shaharuddin yang terlibat sama dalam pertemuan ini, telah menyampaikan taklimat berkaitan kemudahan serta program yang boleh dianjurkan di institut latihan milik YADIM itu bagi menyokong agenda pembangunan insan dan dakwah.
Turut hadir dalam sesi kunjung hormat ini ialah Penolong Pengarah Pusat Islam UniMAIWP, Ustaz Mohd Norhan Hamsi, Ustaz Muhammad Ikram Darus, serta Eksekutif Pusat Islam, Encik Zaim Muzhafar Abu Hasan. Hadir sama ialah pegawai-pegawai daripada Bahagian KEMUDA YADIM.
Kesemua Delegasi UniMAIWP yang hadir juga bertanggungjawab terhadap Tabung Amanah Wakaf, Endowment dan Infaq (TAWFEQ) di universiti berkenaan.
Kunjungan ini diharap menjadi titik permulaan kepada kerjasama berterusan dalam memperkasa agenda dakwah dan pembangunan sahsiah mahasiswa secara holistik.



KOMEN