Unit Undang-undang

  1. Bertindak sebagai penasihat undang-undang YADIM serta memberi nasihat perundangan mengenai perkara-perkara yang dirujuk.
  2. Membuat hebahan berkenaan pindaan undang-undang yang berkuat kuasa dan terpakai di YADIM.
  3. Menggubal dan menyemak perundangan dalaman utama.
  4. Menggubal dan menyemak dokumen perundangan seperti perjanjian dan memorandum persefahaman bagi melindungi kepentingan YADIM.
  5. Mentafsir undang-undang, menjalankan penyelidikan kes dan kajian perundangan.
  6. Memastikan perbicaraan dan rayuan yang adil melibatkan kes jenayah, sivil dan perusahaan oleh dan terhadap YADIM melalui peguam yang disyorkan.
  7. Mengesyorkan dan membantu pelaksanaan program advokasi berkaitan undang-undang.