PUTRAJAYA – YADIM meraikan dan sentiasa meraikan jalinan kerjasama dan buah fikiran sebarang pihak yang mahu menyumbang kepada usaha melestari gerakan dakwah.
Justeru, apabila Ahli Parlimen Pulai, Yang Berhormat (YB) Suhaizan Kaiat mengunjungi badan dakwah ini pada 4 Mei bagi tujuan membincangkan usaha-usaha memperhebat aktiviti dakwah dalam membangun komuniti, YADIM mengalu-alukan serta menyambut baik idea dan hasrat beliau itu.
YB Suhaizan yang juga Friends of Ministry (FOM) kluster agama telah mengadakan pertemuan dengan Yang Dipertua YADIM, Datuk Dr Hassan Bahrom di pejabatnya dan membawa pandangan dan input kepada Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bagi tujuan kerjasama dan tambah baik inisiatif bersama. Terlibat sama ialah Pengarah Kanan Sektor Pembangunan Ummah dan Wanita YADIM, Encik Ahmad Saparudin Yusup.
Turut disentuh ialah cadangan memanfaatkan Sukarelawan YADIM bagi memastikan lebih ramai masyarakat dapat membantu dan terlibat secara langsung dalam aktiviti dakwah.
YB Suhafzan turut menyatakan komitmen untuk terlibat lebih banyak dalam melestari gerakan dakwah bersama YADIM, terutamanya untuk penduduk di Program Perumahan Rakyat.
Semoga usaha murni beliau selaku FOM bersama-sama YADIM dapat membawa kebaikan kepada rakyat.



KOMEN