Home » Langit Terbuka » Usaha perkasa tahfiz, pondok dipertingkatkan

Usaha perkasa tahfiz, pondok dipertingkatkan

Bermula pada tahun 2017 kerajaan Persekutuan telah menyediakan peruntukan khas secara one-off sebanyak RM80 juta untuk institusi tahfiz negara.- Foto Malay Mail

KUALA LUMPUR – Kerajaan dari masa ke semasa berusaha memastikan institusi pendidikan pondok, tahfiz dan sekolah agama di negara ini sentiasa kekal berdaya saing.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary berkata ia selari dengan aspirasi negara untuk memartabatkan institusi pendidikan Islam dalam mendepani cabaran revolusi industri 4.0.

Katanya, bermula pada tahun 2017 kerajaan Persekutuan telah menyediakan peruntukan khas secara one-off sebanyak RM80 juta.

Peruntukan berkenaan merangkumi institusi pondok sebanyak RM50 juta dan institusi tahfiz sebanyak RM30 juta.

Manakala kata Ahmad Marzuk pada tahun 2018 kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan sebanyak RM75 juta.

Peruntukan itu merangkumi institusi pondok sebanyak RM25 juta dan institusi tahfiz sebanyak RM50 juta yang disalurkan melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).

Ulasnya lagi, pada tahun 2019 kerajaan memperuntukkan secara one-off merangkumi RM25 juta untuk institusi pondok, RM50 juta institusi tahfiz dan RM25 juta untuk sekolah agama yang disalurkan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Ujarnya, keprihatinan kerajaan Persekutuan berhubung perkara itu dapat dilihat menerusi pembentangan bajet 2020 iaitu sebanyak RM100 juta diluluskan.

Katanya, RM25 juta diperuntukan kepada institusi pondok, RM50 juta institusi tahfiz dan RM25 juta untuk sekolah agama, keseluruhan peruntukan ini diagihkan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *