Home » Langit Terbuka » Vaksin di Malaysia tiada bahan tidak halal

Vaksin di Malaysia tiada bahan tidak halal

Tiada isu membabitkan vaksin yang tidak halal, dan kerajaan mengalu-alukan sesiapa saja yang mahu membangunkan kemudahan atau kilang vaksin di negara ini, jelas Timbalan Menteri Kesihatan. - Foto Internet

IPOH: Kementerian Kesihatan mengesahkan semua vaksin yang digunakan di negara ini adalah halal selepas melalui proses penyelidikan terperinci oleh pakar perubatan.

“Semua vaksin di negara ini diketahui secara formal tidak mengandungi bahan bukan halal,” kata Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye.

Boon Chye berkata, walaupun kilang bagi menghasilkan vaksin halal akan dibina di Malaysia, ia tidak bermaksud vaksin yang digunakan sekarang adalah tidak halal.

“Sebenarnya, tiada isu membabitkan vaksin yang tidak halal, kita mengalu-alukan sesiapa saja yang mahu membangunkan kemudahan atau kilang vaksin di negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Pembantu Perubatan Peringkat Kebangsaan 2019 di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) Sultan Azlan Shah, Ulu Kinta di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr Chong Chee Kheong dan Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Datuk Roslan Wahab.

Media sebelum ini melaporkan, kilang vaksin halal pertama di negara ini bakal dibina di Negeri Sembilan tidak lama lagi bagi menjadikan Malaysia sebagai antara negara pengeluar vaksin utama dunia.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh dilaporkan berkata, walaupun pembinaan kilang itu akan mengambil masa untuk disiapkan, ia adalah langkah terbaik boleh dilakukan kerajaan untuk meningkatkan keyakinan ibu bapa terhadap vaksin yang dikeluarkan serta diberikan kepada anak-anak mereka. – Berita Harian

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *