KUALA LUMPUR- Program Wacana Minda MADANI yang dianjurkan pada 13 April 2026 di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Bahasa Antarabangsa menerima penyertaan seramai 400 peserta pelbagai latar belakang, yang mencerminkan sambutan amat menggalakkan dalam kalangan warga kampus terhadap acara ilmiah di kalangan mahasiswa.
Wacana Minda MADANI yang bertajuk “LGBTQ: Fitrah dan Cabaran Seorang Guru” ini telah disampaikan oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah YADIM, Ustaz Azlan Shah Nabees Khan. Dalam penyampaiannya, beliau menekankan kepentingan memahami isu semasa secara berhikmah serta berlandaskan nilai agama dan perundangan, khususnya dalam konteks peranan guru sebagai pembimbing sahsiah pelajar.
Turut hadir ialah Pengarah Bahagian Kepimpinan Muda YADIM, Ustaz Ab Razak Aripin, Pengarah IPG Kampus Bahasa Antarabangsa, Dr Hanani Abdul Rasit serta Penasihat Rakan Siswa YADIM kampus berkenaan, Ustaz Mohd Yusri Yusoff.
Program ini menjadi platform penting dalam memperkasa pemikiran mahasiswa melalui perkongsian ilmiah yang menyentuh isu semasa, nilai kenegaraan serta cabaran sebenar yang bakal dihadapi oleh guru dalam mendepani kepelbagaian latar belakang pelajar.
Selain itu, sesi interaksi dua hala turut memberi peluang kepada peserta untuk mengemukakan pandangan serta mendapatkan pencerahan secara langsung daripada tokoh jemputan.
Penganjuran wacana ini diharapkan dapat menyemai kefahaman yang seimbang dalam kalangan bakal pendidik agar mampu bertindak secara profesional, beretika dan berhemah dalam menangani isu-isu sensitif, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI serta tanggungjawab sebagai pendidik yang berintegriti.



KOMEN