Home » Citra Yadim » YADIM Bersamamu di PUSPEN Serdang

YADIM Bersamamu di PUSPEN Serdang

BANDAR BAHARU – Usaha mendekati dan menyantuni golongan yang menjalani pemulihan daripada dadah oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) sentiasa berjalan.

Terbaharu pada 2 September, YADIM Kedah telah mengadakan program YADIM Bersamamu di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Serdang di sini.

Program selama dua jam bermula pukul 11 pagi itu diadakan di surau PUSPEN Serdang dan dihadiri oleh seramai 66 individu yang menjalani pemulihan.

Mereka telah diberi pengisian kerohanian dalam satu ceramah bertajuk ‘Akidah Akhir Zaman’ oleh penceramah bebas dari Ribatlife Consultancy, Ustaz Mohamad Sofi Mohamad Akhir yang dibawakan YADIM Kedah.

Hadir sama ke program ini ialah Pengarah PUSPEN Serdang, Iskandar Turkee, Timbalan Pengarahnya, Idris Yusup dan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islamnya, Ustaz Mohamad Helmi Rosli.

Artikel Berkaitan

YADIM Kedah dan Perlis: Ziarah Madani Mualaf

MENJELANG Syawal tidak lama lagi, adalah tanggungjawab kita sebagai umat Islam untuk memupuk semangat kasih sayang dan kepedulian terhadap sesama Muslim termasuk

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *