Home » Citra Yadim » YADIM bersedia turun membantu

YADIM bersedia turun membantu

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) melahirkan komitmen untuk menyahut seruan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Senator Datuk Dr Zulkifli Mohd Al Bakri untuk turun menyantuni kumpulan terjejas akibat musibah Covid 19 yang melanda negara pada masa ini.

Perkara ini telah diputuskan dalam Mesyuarat Pengarah Pengarah Kanan bersama Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz dan Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh pada malam ini (25 Mac).

Mesyuarat yang diadakan secara atas talian tersebut mengambil maklum keputusan kerajaan melalui YB Menteri bahawa agensi-agensi agama harus memainkan peranan yang aktif dalam menyalurkan bantuan kepada kumpulan yang terjejas akibat penularan virus tersebut.

Nik Omar ketika mesyuarat berlangsung berkata, walaupun sudah terdapat beberapa agensi agama persekutuan yang telah melaksanakan program bantuan melalui inisiatif Musaadah COVID 19, ini tidak bermaksud YADIM sudah terlewat atau tidak perlu memainkan peranannya untuk turut menyantuni golongan sasaran.

“Dengan skala penularan yang semakin meningkat dan meluas, pastinya setiap agensi perlu memainkan peranan dalam memberi bantuan dalam erti kata tiada satu pun bantuan yang perlu dianggap kecil, ” tegas Nik Omar.

Mesyuarat juga telah berbicang akan kertas cadangan yang telah dibentangkan Tuan Kamarul Arief bagi melaksanakan inisiatif Musaadah Covid 19: YADIM Peduli.

Program yang akan mesasarkan empat kumpulan sasaran besar iaitu keluarga jemaah Tabligh yang terjejas kerana positf Covid 19, kumpulan mahasiswa yang berada dalam kampus institusi pengajian tinggi semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kumpulan Asnaf/B40 dan kumpulan barisan hadapan (Frontliner) yang menguruskan musibah penularan virus ini.

Dalam pembentangannya tersebut Tuan Kamarul menegaskan, walaupun YADIM bukanlah sebuah agensi yang mempunyai kekuatan dana yang besar, ini tidak seharusnya menjadi alasan untuk tidak melakukan apa-apa.

“Kita akan menjajarkan semula perancangan Dana Amanah Tahun 2020 yang telah kita terima daripada rakyat sebelum ini bagi situasi kecemasan yang tidak pernah berlaku kepada negara seperti ini.

“Pentingnya dana ini daripada rakyat justeru kita akan kembalikan kepada rakyat dan pelaksanaan program ini akan kita lakukan seawal Jumaat ini,” katanya.

Serentak dengan cadangan tersebut, YADIM turut melancarkan Tabung Kutipan Dana Infaq (MUSAADAH COVID19: YADIM PEDULI) bagi menggalakkan setiap kumpulan masyarakat turut menyumbang bagi memperbanyakkan lagi jumlah yang akan menerima bantuan.

Sumbangan daripada setiap lapisan rakyat boleh disalurkan kepada akaun khas YADIM, 5660 1062 5428 (Maybank).

Sebarang pertanyaan boleh diajukan ke emel sumbangan@yadim.com.my.Tiada sumbangan yang terlalu kecil bagi musibah sebesar ini.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *