Home » Citra Yadim » YADIM catat nama dalam Malaysia Book Of Records laksana tazkirah 24 jam

YADIM catat nama dalam Malaysia Book Of Records laksana tazkirah 24 jam

PUTRAJAYA – Selepas berhempas pulas, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) akhirnya berjaya menempa nama dalam Malaysia Book of Records apabila mencatat kejayaan menganjurkan tazkirah selama 24 jam.

Program bermula 9 malam 18 Oktober hingga 10 malam 19 Oktober ini diadakan sempena sambutan Maulidur Rasul 1443H. Bertitik tolak dengan hasrat melestari gerakan dakwah, ia melibatkan seramai 24 penceramah dari dalam dan luar negara yang selama 24 jam tanpa henti membedah buku Sirah Nabawiyah karangan Saffiyu Al Rahman Al Mubarakfuri.

Kitab tersebut dipilih kerana ia merupakan sumber terbaik mengkisahkan perjalanan hidup junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Yang Dipertua YADIM, Ustaz Nasrudin Hassan sendiri terlibat selaku pentazkirah pertama dengan tajuk Masyarakat Arab Jahiliyah Sebelum Kelahiran Muhammad

Kejayaan mencatatkan rekod tersebut diumumkan oleh Eksekutif Akaun, Malaysia Book Of Records, Mohamad Nazrul Hafizi Ahmad Fauzi.

Ustaz Nasrudian dalam ucapannya, menegaskan inisiatif ini bukan dilakukan untuk nama, sebaliknya yang lebih utama ialah untuk mencetuskan gelombang dakwah di negara ini.

Tambahnya, banyak inisiatif agensi agama memperkasakan dakwah dipandang remeh, justeru menerusi usaha ini, ia diharap dapat memberi inspirasi kepada banyak pihak yang sama sama mahu melestari gerakan dakwah.

Sebagai makluman, YADIM meletakkan sasaran awal untuk mencatatkan 10,000 pelayar mengikuti tazkirah ini apaabila ianya selesai, namun ia dicapai lebih awal pada jam ketujuh belas program ini berjalan.

Difahamkan program yang melibatkan Bank Islam selaku penaja utama  ini turut menarik minat Pejabat YAB Perdana Menteri yang juga mahu agar dimakumkan perkembangannya.

Inisiatif ini bukan mudah, namun ia berjaya dilaksanakan dengan komitmen banyak pihak dari dalam dan luar YADIM sendiri.

Syabas semua yang terlibat menjayakan usaha ini!

Program ini juga merupakan sebahagian daripada pengisian untuk Bulan Dakwah 2.0 YADIM 2021.

 

Artikel Berkaitan

Jelajah Seminar Kenegaraan Madani

YADIM Negeri Selangor dengan Kerjasama Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) pada 17 April memulakan penganjuran Jelajah Seminar Kenegaraan Madani untuk

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *