Home » Citra Yadim » YADIM edar barangan keperluan harian untuk TeleBantuan, tawar pekerjaan kepada anak seorang pemohon

YADIM edar barangan keperluan harian untuk TeleBantuan, tawar pekerjaan kepada anak seorang pemohon

PUTRAJAYA – Bahagian Khidmat Bakti Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 6 Julai telah mengedarkan kotak barangan keperluan harian kepada beberapa pasukan Sukareklawan YADIM (SAY) sekitar kawasan ini.

Inisiatif ini merupakan salah satu usaha memastikan golongan yang memerlukan dapat disantuni dengan lebih cepat, lebih lebih lagi bagi mereka yang memohon menerusi kaedah TeleBantuan YADIM.

Di Bangi, sebanyak 20 kotak diagihkan kepada Koordinator SAY Bangi, Saodi Derani.

Sebanyak 15 kotak pula diagihkan kepada Pengerusi SAY Kuala Langat, Hasmawi Mahidin dan 15 lagi kepada Pengerusi SAY Kapar, Alifah Nasiran.

Untuk kawasan Klang pula, SAY Kuala Langat yang dipertanggungjawabkan untuk menyelaras permohonan kawasan berkenaan, menggunakan perkhidmatan Grab bagi menghantarnya.

Pada hari yang sama juga, bakul makanan juga diagihkan terus kepada beberapa pemohon di sekitar kawasan ini.

Dua pemohon menerima bakul makanan masing masing di Bandar Kinrara.

Di Flat Seri Enggang di Bandar Kinrara juga, anak kepada salah seorang pemohon didapati sedang mencari pekerjaan. Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh yang kebetulan mengedarkan barangan keerluan harian telah menawarkan pemuda tersebut bekerja di YADIMart memandangkan ia berdekatan dengan kediaman pemuda tersebut.

Sementara itu, pada hari yang sama, YADIM juga menyantuni petugas di Sekatan Jalan Raya Presint 20 di sini menerusi pemberian kudapan dan minuman untuk mereka.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *