Home » Citra Yadim » YADIM, IKIM sumbang buku untuk pusat kuarantin Wilayah Persekutuan

YADIM, IKIM sumbang buku untuk pusat kuarantin Wilayah Persekutuan

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) pada 24 April menyumbangkan hampir 3,000 buah buku, majalah dan lain lain bahan bacaan untuk keperluan pusat pusat kuarantin Covid-19 di sekitar Kuala Lumpur.

Majlis ringkas penyerahan tersebut yang dilakukan di ibu pejabat YADIM di sini, dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh, yang menyerahkan bahan bahan bacaan tersebut kepada Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kanak Kanak dan Perintah Khidmat Masyarakat, Jabatan Kemajuan Masyarakat, Nazari Yusra Mohamad@Yusof.

“Ini satu inisiatif yang YADIM dan IKIM lakukan untuk pusat kuarantin seluruh wilayah. Apabila berlaku bencana seperti sekarang agensi agama perlu main peranan.

“YADIM memang ada rumah penerbitan sendiri, yang kami sumbang hari ini bernilai lebih RM6,000. Ikim pula sumbang lebih 1,000 naskhah bahan bacaan.

“Kita dapati trend keperluan kepada pengisian dalam bentuk ilmiah semakin meningkat. Dari sudut fizikal, makanan yang dibekalkan kerajaan cukup terjaga, tapi apa yang perlu sekarang ialah pengisian masa ketika kuarantin, jadi di sini bahan bahan ini main peranan,” ujarnya.

Nazari Yusra pula memberitahu, terdapat lebih 20 pusat kuarantin Covid-19 ketika ini di seluruh Wilayah Persekutuan, yang memang mempunyai pegawai pegawai bertanggungjawab.

“Jadi pegawai bertanggungjawab inilah yang akan tentukan jumlah dan bagaimana bahan bahan bacaan ini diagihkan di pusat masing masing,”jelasnya.

YADIM sebelum ini menerusi Program Musa’adah Covid-19 telah menyumbangkan sejumlah 110 naskhah buku dan 29 majalah bernilai RM1,000 untuk kegunaan para pelajar tahfiz Masjid Sri Petaling yang dikuarantin di Institut Sosial Malaysia, Sungai Besi.

Usaha oleh YADIM dan IKIM ini selaras dengan hasrat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Senator Datuk Dr Zulkiflki Mohamad Al Bakri yang mahu semua agensi di bawah beliau menyantuni pihak terkesan dengan Covid-19.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *