Home » Citra Yadim » YADIM Interaktif- Tahsin Ibadah (Pengurusan Jenazah) bersama JKR Kedah

YADIM Interaktif- Tahsin Ibadah (Pengurusan Jenazah) bersama JKR Kedah

ALOR SETAR – Siri terbaharu YADIM Interaktif- Tahsin Ibadah (Pengurusan Jenazah) telah diadakan di Surau Cawangan Kejuruteraan Mekanikal Negeri Kedah, Jalan Tunku Rahman Putra, di sini pada 7 Ogos.

Dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Kedah, seramai 47 peserta telah hadir.

Penceramah bagi program ini ialah Pegawai YADIM Kedah, Ustaz Haji Azmi Mohammad. Beliau menyentuh mengenai adat menziarahi orang sakit biasa, perkara perkara penting apabila berlaku kematian, persiapan mandi, kafan, solat, soal jawab dan lain-lain lagi berkaitan pengurusan jenazah.

JKR Negeri Kedah mengucapkan terima kasih atas penganjuran program ini yang menurut mereka sangat bermanfaat untuk kakitangan jabatan itu.

Hadir sama ke program ini ialah Pengarah JKR Kedah, IR Mohd Faizul Mahdzan, Timbalan Pengarah JKR Kedah, Azizul Ahmad, Pengerusi Surau JKR Kedah, Marzuki Sulaiman dan ahli ahli jawatankuasanya.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *