Home » Citra Yadim » YADIM Kedah, Bank Islam santuni lagi OKU, pesakit kronik

YADIM Kedah, Bank Islam santuni lagi OKU, pesakit kronik

KUALA KEDAH – Golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) dan pesakit kronik yang memerlukan terus mendapat perhatian Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) di negeri ini.

Dengan kerjasama Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB), Pejabat Penyelaras Dewan Undangan Negeri Anak Bukit dan rakan badan bukan kerajaan (NGO) As Salam Kuala Kedah, YADIM Kedah telah menyantuni golongan ini pada 5 Oktober.

Seramai 10 penerima telah disantuni dalam program Musa’adah YADIM – BIMB yang diadakan di Dewan Undangan Negeri Anak Bukit dan Kubang Rotan dalam daerah ini.

Barangan keperluan makanan, lampin dewasa dan sumbangan wang tunai telah diberikan kepada setiap penerima dalam program ini. Sebanyak RM3,000 disumbangkan bagi tujuan ini.

Hadir menyampaikan sumbangan ialah Pengarah YADIM Kedah, Ustaz Mohd Aizat Zakaria.

Hadir sama ialah Pengurus Cawangan BIMB Alor Setar 2, Nor Mahazir Abdul Ghani, Ahli Majlis Bandaraya Alor Setar, Azizi Abdullah, Setiausaha NGO As Salam Kuala Kedah, Abdul Basir Ahmad dan Pengurus Kewangan BIMB Alor Setar, Mohd Ruzaini  Abdul Rahim.

YADIM dan BIMB sebelum ini telah menjalin kerjasama menyantuni rakyat seumpama ini di Padang Terap di negeri ini, Kuala Lumpur, Melaka, Sabah dan Terengganu.

Artikel Berkaitan

Diyat sebagai instrumen keadilan syariah

Diyat merupakan satu bentuk pampasan kewangan dalam sistem perundangan Islam yang diberikan kepada waris mangsa sebagai ganti rugi atas kehilangan nyawa atau

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *