Home » Citra Yadim » YADIM Kedah dakwah anak muda di gelanggang futsal.

YADIM Kedah dakwah anak muda di gelanggang futsal.

BUKIT BESAR – Dalam usaha menyampaikan dakwah kepada golongan muda, YADIM Kedah telah mengadakan kerjasama dengan Pusat Khidmat Wakil Rakyat Parlimen Jerai dan Department of Art and Sports (DACS) Negeri Kedah dalam penganjuran Pertandingan Futsal Piala Yang Berhormat Ahli Parlimen Jerai di Anjung Sport pada 22 Januari.

Pertandingan yang bermula seawal jam 8.30 pagi ini menerima sambutan amat menggalakkan apabila sebanyak 48 pasukan mengambil bahagian.

Menariknya, program ini juga mendapat penyertaan beberapa kumpulan Not Yet Muslim.

Ia dirasmikan oleh Ahli Parlimen Jerai, Yang Berhormat Ustaz Sabri Azit.

Hadir menyampaikan tazkirah Zohor kepada peserta ialah Pengarah YADIM Negeri Kedah, Ustaz Mohd Aizat Zakaria,

Hadir bersama dan menyampaikan tazkirah Dhuha ialah Ahli Dewan Undangan Sungai Limau, Yang Berhormat Ustaz Mohd Azam Abd Samat  dan Ustaz Musoddak Haji Ahmad.

Disamping tazkirah, para peserta pertandingan ini juga mendirikan Solat Zohor dan Asar secara berjemaah.

Program ini berakhir pada jam 4.45 petang dengan majlis penyampaian hadiah yang disampaikan oleh Ustaz Sabri Azit.

Pertandingan ini dimenangi oleh
AHR FC Sungai Limau, sementara sebuah pasukan Not Yet Muslim
Gurun Boy A FC muncul naib juara diikuti Kampung United ditempat ketiga dan Jati Mas FC tempat keempat.

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *