Home » Citra Yadim » YADIM Kedah, rakan NGO santuni Pondok Islahiah Sungai Karangan

YADIM Kedah, rakan NGO santuni Pondok Islahiah Sungai Karangan

KULIM – Warga institusi pondok sentiasa dekat dengan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM).

Prihatin dengan kebajikan mereka, YADIM Kedah bersama rakan strategik, badan bukan kerajaan An Nasr Care, Sahabat Amal Care dan Persatuan Mahasiswa Darul Aman (PERSADA) telah tampil mengadakan program Musaadah di Pondok Islahiah Sungai Karangan, di sini pada 25 September.

Sebanyak 25 kotak keperluan makanan, barangan basah seperti ayam, ikan dan daging serta bahan bacaan telah disumbangkan kepada warga pondok yang tinggal dalam kawasan itu sejak Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan.

Hadir menyampaikan sumbangan ialah Pengarah YADIM Kedah Ustaz Mohd Aizat Zakaria, Pengerusi Pusat Dakwah dan Tarbiah Wadi An Nasr, Ustaz Nasrun Othman dan Presiden PERSADA, Adam Malik Abd Malek.

Mewakili Pondok Islamiah ialah Mudir Pondok, Ust Nazri Said.

Selepas Musaadah di pondok, YADIM Kedah turut menyampaikan sumbangan kepada Saudah  Nanyan, penduduk kawasan ini yang baru kehilangan suami beberapa bulan yang lalu.

Artikel Berkaitan

Jelajah Seminar Kenegaraan Madani

YADIM Negeri Selangor dengan Kerjasama Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) pada 17 April memulakan penganjuran Jelajah Seminar Kenegaraan Madani untuk

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *