Home » Citra Yadim » YADIM Kedah santuni pemohon bantuan di Sanglang, alumni UUM

YADIM Kedah santuni pemohon bantuan di Sanglang, alumni UUM

SANGLANG – Pandemik Covid-19 yang melanda negara telah memberi kesan kepada ramai penduduk. Akibatnya, ada yang kekurangan mata pencarian, ada juga yang terputus bekalan makanan.

Fauziah Che Mat dari sini, seorang suri rumah mempunyai enam orang anak masih kecil. Suaminya sudah lama tidak bekerja, sedang menderita penyakit darah tinggi, kencing manis dan gastrik.

“Hujan ni kak, bagi petua ja (cadangan saja), kami p hantaq (hantarkan) sampai rumah, demam anak satgi (nanti),” luah kami apabila berjumpa.

“Takpa, tunggu di Petronas saja, kak ambik. Nak cepat sebab pagi ni pun belum jamah sarapan lagi,” kata Fauziah. Jam menunjukkan 12.00 tengahari tapi masih belum sarapan lagi. Tersentuh hati kami.

Keluarga Fauziah ini antara lima penerima Telebantuan YADIM yang disantuni Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah pada 31 Ogos.

Terdahulu, YADIM Kedah menyampaikan sumbangan 50 pek makanan asasi kepada Persatuan Alumni Universiti Utara Malaysia untuk diedarkan kepada penduduk yang terjejas di sekitar kawasan ini.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *