Home » Citra Yadim » YADIM Kedah terus santuni mangsa banjir Yan

YADIM Kedah terus santuni mangsa banjir Yan

YAN – Bantuan berterusan disumbangkan oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah kepada mangsa fenomena kepala air di sini baru baru ini.

Pada 28 Ogos, dengan kerjasama rakan rakan badan bukan kerajaan seperti Persatuan Alumni Pendakwah Media (PENDAMAI) KM CARE, Iman Care, Persatuan Institusi Tahfiz al Quran Negeri Selangor (PITAS) dan Ausss Riders 410,  mereka telah menyantuni mangsa mangsa di Kampung Rendang Pasir, Kampung Dusun Manggis  dan Kampung Mat Acheh selain menyerahkan sumbangan ke Pusat Operasi Banjir Jerai di Masjid Al Wustho, Guar Chempedak.

Program ini turut mendapat kerjasama  Khidmat Malaysia Negeri Kedah dan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Jerai.

Antara yang disampaikan ialah 100 set keperluan bilik tidur yang mengandungi tilam, dua biji bantal, cadar serta toto.

Selain itu, 100 set barangan keperluan harian, 100 set mushaf tajwid, 100 set cawan dan jug, 500 helai telekung serta 100 kotak air mineral turut disampaikan.

Keseluruhan sumbangan yang disampaikan bernilai RM30,000.

Hadir menyampaikan sumbangan ialah Pengarah YADIM Kedah, Ustaz Mohd Aizat Zakaria, Pengerusi PITAS, Pencetus Ummah (PU) Hafiz Hanifa, PU Mohd Affendi Mohamed Nor dan PU Izzat Fathi.

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *