Home » Citra Yadim » YADIM Kelantan, Gerakan Prihatin Kuala Krai sampai sumbangan untuk B40, asnaf

YADIM Kelantan, Gerakan Prihatin Kuala Krai sampai sumbangan untuk B40, asnaf

KARANGAN – Usaha menyantuni golongan B40 dan asnaf yang memerlukan bantuan akibat Covid-19 diteruskan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan di daerah Kuala Krai.

Pada 20 Jun, dengan Kerjasama badan bukan kerajaan Pertubuhan Gerakan Prihatin Kuala Krai, sejumlah 107 keluarga di daerah Kuala Krai disantuni mereka.

Mewakili YADIM ialah Pengarah negeri, Mejar (B) Zaidi Abd Halim dan Penolong Pengarahnya, Yusnita Muhamed Yusoff. Antara 50 keluarga yang disantuni YADIM Kelantan termasuklah tiga kediaman yang mempunyai ahli keluarga pesakit kronik.

Kesemua mereka mnerima sumbangan barangan keperluan asas seperti beras, gula, gandum, susu dan lain-lain barangan dapur.

Pertubuhan Gerakan Prihatin Kelantan yang diwakili Pengerusinya, Wan Mohamad Azmi Wan Hassan dan ahli jawatankuasanya dalam misi kali ini menyampaikan sumbangan kepada 57 keluarga.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *