Home » Citra Yadim » YADIM Kelantan Ziarah Pondok Ribat Al Musthofa

YADIM Kelantan Ziarah Pondok Ribat Al Musthofa

MACHANG – YADIM Negeri Kelantan telah mengadakan kunjung hormat ke Pondok Ribat Al Musthofa, Pulai Chondong, pada 6 Oktober.

Kunjungan tersebut merupakan antara usaha YADIM Kelantan untuk mendekati institusi pondok serta memperkukuh hubungan dan ukhuwah bersama institusi pendidikan Islam dan para ilmuwan agama di negeri Kelantan.

Ketibaan delegasi YADIM Negeri Kelantan yang diketuai Pengarahnya, Ustazah Yusnita Muhamed Yusoff disambut oleh Syeikh Madrasah Ribat Al Musthofa, Al-Fadhil Ustaz Muhaizad Muhammad.

Pertemuan tersebut turut menjadi ruang untuk bertukar pandangan berkaitan usaha dakwah, pendidikan serta pengukuhan peranan institusi pondok dalam menyampaikan kefahaman Islam kepada masyarakat.

YADIM Kelantan sentiasa komited untuk memperluas jaringan kerjasama dengan institusi pondok, masjid, badan bukan kerajaan (NGO) serta pelbagai pihak berkepentingan dalam usaha memperkasa agenda dakwah dan pembangunan ummah.

Turut bersama dalam kunjung hormat tersebut ialah Penolong Pengarah YADIM Negeri Kelantan, Ustaz Muhammad Nur Iqbal Mohd Shafie dan Ustazah Nur Ayuni Mohd Norudin.

 

Artikel Berkaitan

40 orang peserta sertai Bengkel Memanah

PASIR PUTEH – Seramai 40 orang peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat telah menyertai Bengkel Memanah bertemakan “Aim High, Fokus Jati Diri” yang

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *