Home » Citra Yadim » YADIM – Kesatuan Ulama Islam Sedunia tandatangani perjanjian

YADIM – Kesatuan Ulama Islam Sedunia tandatangani perjanjian

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) mengorak langkah besar dalam usahanya melaksanakan gerak kerja dakwah apabila menandatangani perjanjian kerjasama dengan Kesatuan Ulama Islam Sedunia (KUIS).

Perjanjian bersejarah itu ditandatangani pada 7 Januari dalam lawatan Ketua KUIS, Prof Sheikh Dr Ahmad al-Raysuni ke ibu pejabat YADIM di sini.

Tujuan utama perjanjian ini ialah untuk kelangsungan dalam pembangunan peradaban unggul bagi melahirkan masyarakat madani, selain mewujudkan eko-sistem dakwah yang mampan.

Antara bidang kerjasama yang dipersetujui untuk dilaksanakan bersama ialah pendidikan, dakwah
dan penerbitan.

Aspek perkongsian maklumat antara YADIM dan KUIS turut dilibatkan, selain sebarang bentuk kerjasama yang berkemungkinan dapat dimajukan dan diusahakan secara bersama.

Pada masa yang sama, kedua pihak turut bersetuju untuk bersama sama dalam mengembleng kepakaran di pelbagai lapangan dalam pelaksanaan inisiatif program dan produk dakwah.

Mewakili YADIM dalam perjanjian itu ialah Yang Dipertuanya, Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz manakala KUIS diwakili sendiri oleh Ahmed al-Raissouni.

Fasa awal perjanjian adalah selama dua tahun, bagaimanapun kedua pihak bersetuju kerjasama ini tidak dihadkan tempohnya selepas melepasi tempoh masa berkenaan.

Hadir sama menyaksikan majlis menandatangani perjanjian tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh serta kepimpinan YADIM dan KUIS.

Ketika perbincangan semasa kunjungan berkenaan, kedua pihak turut setuju untuk bekerjasama dalam penganjuran Multaqa Ulama Sedunia yang dijangka dianjurkan YADIM September ini.

Sementara itu, Ahmed al-Raissouni juga kemudiannya tampil menyampaikan syarahan dalam program Bicara Tokoh anjuran YADIM.

Beliau antaranya menyentuh mengenai Maqasid Syariah yang menurutnya memelihara kesejahteraan dari pelbagai sudut termasuk jiwa, harta, keturunan dan sebagainya.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *