Home » Citra Yadim » YADIM Negeri Pulau Pinang terlibat sama jayakan Simfoni Dakwah

YADIM Negeri Pulau Pinang terlibat sama jayakan Simfoni Dakwah

PERMATANG PAUH – YADIM Negeri Pulau Pinang telah terlibat sama menjayakan program Simfoni Dakwah Sebarkan Salam pada 4 Julai.

Dianjurkan secara bersama oleh agensi-agensi hal ehwal agama dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang, program ini merupakan inisiatif yang menghimpunkan pelbagai agensi hal ehwal agama bagi mendekatkan masyarakat dengan institusi dakwah menerusi pendekatan yang lebih santai, inklusif dan mesra komuniti.

Sepanjang program, pengunjung disajikan dengan pelbagai aktiviti berbentuk kerohanian, pendidikan dan riadah seperti Klinik al-Fatihah, pameran agensi, pertandingan mewarna, sukaneka keluarga, pertandingan sepakan penalti serta perlawanan bola sepak melibatkan pasukan Menteri di Jabatan Perdana Menteri menentang Veteran Permatang Pauh yang mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat setempat.

Ia menjadikan suasana di lokasi penganjuran sekitar Permatang Pauh sepanjang program, cukup meriah dengan kehadiran masyarakat pelbagai peringkat usia yang mengambil peluang mengikuti pengisian serta menyertai aktiviti yang disediakan.

Majlis diakhiri dengan majlis perasmian Simfoni Dakwah yang telah disempurnakan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, Yang Berhormat Senator Dr. Zulkifli Hasan.

Turut hadir ialah Timbalan beliau, Yang Berhormat Senator Puan Marhamah Rosli, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Dato Dr. Sirajuddin Suhaimee, Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia, Profesor Emeritus Dato’ Dr. Yusof Othman, Timbalan Yang Di pertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, Profesor Emeritus Dato’ Dr. Abd Aziz Tajuddin, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang, Dato’ Marzuki Hassan, Pengarah YADIM Negeri Pulau Pinang, Ustaz Mohammad Fadzil Alias serta ketua-ketua agensi Persekutuan dan Negeri Pulau Pinang.

Lebih banyak program seperti ini dirancang untuk pada masa hadapan sebagai medium dakwah yang berkesan dalam membentuk masyarakat MADANI yang menghayati nilai-nilai Islam, memperkukuhkan perpaduan serta menyebarkan budaya salam dalam kehidupan seharian.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *