Home » YADIM MADANI » YADIM Negeri Sembilan, Melaka Sinergi Anjur Program Masjid Mesra MADANI

YADIM Negeri Sembilan, Melaka Sinergi Anjur Program Masjid Mesra MADANI

JASIN, 5 Jun – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) terus membuktikan komitmennya dalam menyokong usaha pembangunan masyarakat yang berakhlak mulia melalui penganjuran program YADIM Sejahtera: Bicara Dakwah: Masjid Mesra MADANI Siri 3 di Masjid Al-Barakah, Kesang Luar, di sini baru-baru ini.

Program anjuran YADIM Negeri Sembilan dan Melaka itu menampilkan penceramah undangan, Ustaz Abdullah Shahir Arifin Ahmad Fadzil yang menyampaikan pengisian bertajuk “Maklumat Tanpa Amanah: Berita Palsu Yang Boleh Menghancurkan Masyarakat”.

Pengisian tersebut memberi penekanan khusus kepada bahaya penyebaran berita palsu yang semakin berleluasa dalam era digital, selain kesannya terhadap keharmonian masyarakat, perpaduan ummah, dan kestabilan negara.

Dalam ceramah berkenaan, beliau turut mengingatkan jemaah tentang kepentingan amalan tabayyun serta sikap bertanggungjawab dalam menerima dan menyebarkan maklumat berlandaskan tuntutan Islam.

Penganjuran program ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai tanggungjawab penggunaan media sosial.

Langkah ini sekali gus mampu melahirkan warga yang beretika, berintegriti, serta berupaya menyumbang kepada pembentukan masyarakat MADANI yang sejahtera, harmoni, dan berdaya tahan terhadap ancaman maklumat palsu.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *