Home » Citra Yadim » YADIM Negeri Terengganu Terima Sijil Penghargaan

YADIM Negeri Terengganu Terima Sijil Penghargaan

KUALA NERUS – YADIM Negeri Terengganu telah menerima Sijil Penghargaan Rakan Kerjasama sempena Majlis Penutupan Program Kem Korobori Pengakap Kanak-Kanak Kali Ke-14 pada 31 Julai lalu.

Majlis yang berlangsung di Dewan Sri Nariah, Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, Kuala Nerus merupakan pengiktirafan terhadap jalinan kerjasama erat yang telah terjalin antara YADIM Negeri Terengganu dengan Majlis Pengakap Negeri Terengganu dalam menjayakan pelbagai program pembangunan masyarakat dan pembentukan sahsiah generasi muda.

Sijil penghargaan itu diterima oleh Pengarah YADIM Negeri Terengganu, Ustaz Mohd Kamal Nazmi Kamaruddin, yang hadir mewakili badan dakwah ini pada majlis berkenaan.

Majlis Perasmian Penutupan Korobori Pengakap Kanak-Kanak Peringkat Negeri Terengganu Edisi Khas Sambutan 100 Tahun Pengakap Terengganu itu turut dihadiri Pesuruhjaya Program Negara mewakili Ketua Pengakap Negara, Haji Noor Hashim Ismail, Pengerusi Majlis Pengakap Negeri Terengganu, Tan Sri Dato’ Haji Abdullah Haji Taib, Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Haji Mohd Zulkafli Jusoh, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Terengganu, Dr. Shahrul Azwan Mohamad @ Endut serta Pengerusi Majlis Pengakap Daerah Marang, Dato’ Wan Ahmad Samir Wan Mohd Noor.

Penerimaan penghargaan ini menjadi bukti eratnya kerjasama yang terjalin antara YADIM Negeri Terengganu dan Majlis Pengakap Negeri Terengganu sepanjang ini dalam menjayakan pelbagai inisiatif yang memberi manfaat kepada masyarakat.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *