KUALA NERUS – YADIM Negeri Terengganu telah mengadakan program Ziarah Mahabbah Pondok dengan mengunjungi Pusat Pengajian Pondok Al-Madini, Batu Rakit sebagai sebahagian usaha memperkukuh jaringan dakwah dan pendidikan Islam pada 4 Mei.
Kunjungan tersebut diketuai oleh Pengarah YADIM Negeri Terengganu, Ustaz Mohd Kamal Nazmi Kamaruddin, yang telah mengadakan pertemuan bersama Pengasas Pusat Pengajian Pondok Al-Madini, Tuan Guru Ustaz Ahmad Raqim An-Nuria yang juga dikenali sebagai Baba Ahmad Raqim An-Nuri.
Dalam sesi perbincangan, kedua-dua pihak telah bertukar pandangan mengenai aspek pembangunan institusi pondok, khususnya melibatkan pondok-pondok di negeri Terengganu. Perbincangan turut menyentuh potensi kerjasama strategik dalam memperkasakan peranan pondok sebagai pusat penyebaran ilmu dan pembinaan sahsiah masyarakat.
Turut hadir dalam kunjungan tersebut ialah Penolong Pengarah YADIM Negeri Terengganu, Ustaz Ali Azfar Khairul Faiz, bersama beberapa pegawai YADIM yang lain.
Delegasi YADIM turut dibawa meninjau kawasan dan perkembangan semasa Pusat Pengajian Pondok Al-Madini oleh Tuan Guru Ustaz Ahmad Raqim bagi melihat secara dekat usaha pembangunan yang sedang dijalankan.



KOMEN