Home » Citra Yadim » YADIM, ODS Penjara Dusun Dato’ Murad santuni keluarga warga emas

YADIM, ODS Penjara Dusun Dato’ Murad santuni keluarga warga emas

DUYONG – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan Penjara Dusun Dato’ Murad, Ayer Keroh telah lama menjalin kerjasama dalam pelbagai bidang terutama khidmat masyarakat.

Gandingan usaha kedua pihak ini telah memberi impak positif kepada mereka selain komuniti di sekitar.

Pada 23 Januari, kerjasama kedua pihak ini diteruskan lagi menerusi program YADIM Peduli Turun Padang Khidmat Bakti Sukarelawan Al Rahmah Penjara Dusun Dato’ Murad.

Program kali ini menyantuni keluarga seorang warga emas, Zainab Keling di Kampung Ladang di sini.

Seramai lima orang kakitangan YADIM bersama 10 kakitangan penjara berkenaan telah terlibat dalam program khidmat komuniti ini.

Hadir sama ialah Pengarah Penjara Dusun Dato’ Murad, Penguasa Kanan Penjara, Zamzuri Ghani dan Pegawai Bahagian Agama & Kaunseling Penjara Dusun Dato’ Murad, Mohammad Sufian Talib.

Tidak ketinggalan ialah Pegawai Perhubungan JAPERUN Duyung Anuar Ali, Pengerusi Majlis Pengurusan Kominiti Kampung Ladang, Mohd Azlan Tompang, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Dewan Undangan Negeri Duyung, Fouzi Ab Manan beserta lima orang lagi sukarelawan.

Program ini turut disertai oleh 10 orang banduan kategori Orang Yang Diselia (ODS) sebagai salah satu program dalam modul/aktiviti pemulihan mereka.

Mereka yang terlibat telah membantu mengemas dan membersihkan bahagian luar dan dalam rumah Zainab.

Selain itu, mereka juga telah mengecat semula kediaman tersebut dan memasang satu unit singki untuk kegunaan Zainab.

Sebelum pulang, YADIM turut menyerahkan sumbangan barangan keperluan harian bagi meringankan beban keluarga wanita ini.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *